Slaughtering Course

Tanggal 16 Januari 2010...saughtering course diadakan di bawah anjuran SCIENCESS UIA Kuantan. Alhamdulillah..Allah permudahkan sgl urusan sy untuk mengikuti program ini. Pada sesi paginya, semua peserta didedahkan dgn teori berkenaan tentang penyembelihan. Antaranya dinyatakan rukun2 menyembelih,sunat2 menyembelih,cara2 menyembelih... Selain drpd itu diterangkan juga konsep halal & haram dlm pemakanan. Ini adlh 1 bonus buat saya & rakan2 biotech yg lain krn kursus ini berkaitan dgn subjek kami sem ini iaitu Halal & Haram in Food Ingredients.
Selepas rehat dlm tempoh setengah jam, semua peserta bergerak ke tempat praktikal penyembelihan. Mula2 dijalankan penyembelihan terhadap kambing. Penyembelihan ini dilakukan sendiri oleh president SCIENCESS dgn dibantu oleh peserta2 lelaki yg lain. Ini kali pertama saya melihatnya sendiri. Tidak sama nikmatnya menonton di tv. Semacam ada 1 rasa timbul pada diri.
Kemudian, agenda diteruskan dgn penyembelihan ayam. Rasa seronok melihat semua peserta bersungguh2 menyembelih ayam. Macam2 reaksi..macam2 ragam... Pada mulanya, saya sendiri  takut untuk menyembelih. Rasa x yakin tuk lakukannya.. Last minute,sy tukar fikiran untuk mencubanya..atas sebab rasa ingin tahu..untuk belajar... Bukan senang untuk mendapatkan peluang ini. Dgn bantuan aienun dan juga shbt2 lain serta ustaz,saya berjaya juga meyembelih seekor ayam. Subhanallah..walhamdulillah..wa lailahaillah wallahu akbar..

Moga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yg terlibat... sama2 lah kita menghargai ilmu & pengalaman yg kita perolehi sepanjang kursus. Mudah2an dpt kita praktikkan dlm kehidupan seharian kita. InsyaAllah.

Kata2 Imam Ghazali..
Bersyukurlah kpd Allah SWT sekurang2nya pada 4 perkara:
1)Kita dijadikan oleh Allah sbg makhluk.
2)Kita dijadikan oleh Allah sbg manusia.
3)Kita dijadikan oleh Allah sbg manusia sempurna.
4)Kita dijadikan oleh Allah sbg umat Muhammad SAW  yg diberikan nikmat Iman & Islam.

Moga kita menjadi antara hamba2Nya yg bersyukur...ameen..



0 comments:

Post a Comment

About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends