Kem Ibadah

Dgn izinNya, kem ibadah di Surau Muttaqin,Taman Mahkota Idaman,IM14 selesai dgn lancarnya..alhamdulillah.Sesungguhnya,kem yg berlansung selama 3 hari 2 malam ini yakni dari 12hb-14hb Mac 2010 sangat memberi kesan pada diri saya khususnya.

Pada mulanya,saya sangat bimbang untuk mengendalikan program ini memandangkan ianya 1 permulaan buat diri saya.Memang banyak dugaan & cabaran yg berlaku sebelum program bermula..dugaan pengurusan,kesihatan,pencarian facilatator dan sewaktu dgnnya.Ada masanya kami hingga terfikir mungkin Allah tak izinkan..namun salah seorang sahabat mencelah..mungkin juga ini semua adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesungguhan kami semua untuk mengendalikan program ini. Hmm...

1st day...

Seperti biasa..sesi pendaftaran bermula. Kebetulan saya terlibat untuk menguruskannya bersama Farida. Alhasil...jumlah peserta keseluruhannya adlh 77 org. 30 peserta perempuan dan selebihnya merupakan peserta lelaki..Jumlah yg agak besar...tambahan pula terdiri dari pelbagai lapisan umur..dari umur 7 tahun hingga je 17 tahun..dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Ini bukan calang2 tugasan...ia merupakan tugasan yg besar buat saya dan rakan2 yang lain.


Program kem ibadah ini bermula dgn solat asar berjemaah..seterusnya pihak penganjur memperkenalkan barisan AJK surau di kediaman tersebut.Selepasnya pula,saya dan rakan2 faci memperkenalkan diri kepada adik2 peserta kem tersebut.Macam2 ragam dapat dilihat.Pertanyaan daripada adik2 pun bukan sebarang soalan..di luar jangkaan belaka. =) bila diminta meneka umur,ada yg mengatakan umur 19tahun..terasa muda seketika...=p Macam2 adik2 ni..
At the same time,kami meneruskan pembahagian kumpulan yg berdasarkan games tertentu.. Ia bukan sekadar seronok2 sj tapi ia juga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara peserta sambil berkenal2an.




Selepas maghrib,kuliah maghrib yg dikendalikan oleh saudara Fakhrurrazi diteruskan. Kuliah tersebut berkisar kepada konsep taaruf,perkenalan. Sesungguhnya,bukan mudah untuk menyampaikan kuliah yg dihadiri oleh pelbagai lapisan umur ini.Ianya sangat2 menguji kesabaran di jiwa. Namun,alhamdulillah..saudara Fakhrurrazi bijak mengendalikannya.. Apa yg menarik dalam penyampaiannya ialah PS3..Apa itu PS3?P-prihatin,3S-salam,senyum,sayang.Kemudian,LDK1 bermula. Semua peserta duduk mengikut kumpulan.Saya ditakdirkan untuk conduct group 5...adik Aqila,Hidayatul Husna,Amirah,Damira Syafiqa,Shahira & Khaleeda. Apa yg ingin diterapkan dlm LDK1 ini adlah pengenalan & komunikasi berkesan.



2nd day...
Mengikut plan kami,faci2..nak kejut adik2 peserta untuk qiamulail dlm jam 5pg. Namun,Allah permudahkan segala urusan dgn menurunkan hujan sehingga khemah adik2 ni masuk air. Disebabkan itu,mereka bangun awal,siap mandi menyiapkan diri. Jam 4.30pg semua peserta sudah ada di surau..subhanallah..cantik perancangan Allah.
Kemudian,diadakan kuliah subuh yg disampaikan oleh ketua faci yakni saudara Amar dgn konsep Ibadat solat dalam kehidupan Mukmin.3 penekanan telah dikemukakan..kenapa kita perlu solat. Alhamdulillah,adik2 memberi respon yg menggalakkan walaupun masih awal pagi.
Seterusnya,senaman pagi dijalankan. Senaman ini kendalikan oleh saudara Syafiq.Sangat menarik..nampak excited adik2 melakukannya..=) faci pn tumpang sekaki..


Selepas bersarapan & khidmat diri,adik2 peserta berkumpul di surau untuk LDK 2 yg berorientasikan praktikal azan subuh, iqamah, wudu' dan tayamum..dan diteruskan dgn LDK 3 yg berkonsepkan praktikal solat ketika sakit,solat hari raya,solat jenazah dan solat hajat selepas minum pagi.



Sesi petangnya,dlm jam2 pm iaitu waktu2 critical..diadakan beberapa games indoor yg menggantikan rentas halangan. Sesi ini dikendalikan oleh saudara Zamri & saudari Aini. Namun saya hanya berpeluang bersama mereka untuk 1 jam pertama sahaja disebabkan ada urusan lain perlu disettlekn terlebih dahulu. 
Selepas solat asar,program diteruskan dgn sukan rakyat. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah jalan atas bata,bowling padang & masukkan air dgn menggunakan span. Memandangkan saya memegang kumpulan 5,so saya sgt excited menyokong kumpulan 5 sehinggakan saya terlupa di mana keberadaan saya...so far,alhamdulillah..group 5 still mendpt tmpt. Good job adik2 akak!!=) At the same time,diadakan juga pertandingan rebut gula2 bg adik2 yg masih kecil lingkungan 3 hingga 6 tahun..x ketinggalan juga pertandingan tarik tali bagi peserta lelaki sahaja. =)


Selepas maghrib,program diteruskan dgn kuliah maghrib yg dikendalikan oleh saudara Zulkifli Yunus. Tajuk kuliahnya berkisarkan penghayatan terhadap pengorbanan ibu bapa. LDK seterusnya yg dijalankan selepas isya' juga dikendalikan oleh saudara Zul. Sememangnya dia berkemampuan untuk menguruskannya walaupun saya difahamkan ia merupakan kali pertama dlm hidupnya. Mumtaz..he did the best!sesungguhnya,bukan tangisan adik2 yg kami harapkan drpd slot ini tetapi kesedaran terhadap tanggungjawab mereka serta bagaimana adab2 dgn ibu bapa.Mudah2ah kesedaran ini kekal lama hi hati adik2...
Selepas minum malam, saudara Imad mempertontonkan cerita Laskar Pelangi kepada adik2. Walaupun ia mendapat tentangan beberapa faci namun ia diteruskan juga atas alasan why not kita cuba je.. Alhamdulillah,still ada respon drpd beberapa adik2 namun ia masih belum cukup sesuai untuk ditayangkan. Walau apapun,usaha itu sgt dihargai.
Malam tersebut,kami semua tidur di surau disebabkan hujan yg lebat.Tidur bersama dgn adik2...memang seronok. Macam2 gelagat & ragam..x kurang juga banyak cerita hendak dikongsikan..=) secara peribadinya,saya dapat mengenali mereka dgn lebih rapat..dan bila melihat mereka,terasa sangat sayang...membuatkan saya mengenangkan adik2 saya...

 3rd day...
Qiamulail seperti biasa.. tapi mulanya lmbt sikit drpd semalam..dlm jam5.30pg. Apapun,alhamdulillah..adik2 peserta senang untuk dikejutkan. Subhanallah... memang benarlah kata pepatah,lenturlah buluh dari rebungnya.Mudah2an qiamulail ini akan menjadi kebiasaan wat adik2 juga tuk kakak2 & abg2 faci...
Selepas solat subuh,kuliah subuh menyusul..kali ini,saudara Imad yg kendalikannya. Tajuknya ialah keutamaan menuntut ilmu.Sememangnya,apa yg cuba dibawakan oleh saudara Imad adlh menarik namun disebabkan penggunaan bahasa yg agak tinggi menyebabkan adik2 susah untuk memahaminya. Alhasil,adik2 kurang memberi perhatian. Tapi xmengapa...next time,boleh wat terbaik lg. Cubaan ni pn dah cukup bagus.
Disebabkan hujan yg berterusan,senaman pagi  digantikan dgn amali solat. 1 senaman jugak kan?dpt jugak lihat macam mana adik2 melakukan solat.


Seterusnya,aktiviti explorace...alhamdulillah,hujan berhenti. Jadinya,dptlah dilaksanakan explorace diluar. Sepanjang activity ini,setiap group diamanahkan sebiji telur & bawang. Jika 2 barang amanah ini hilang atau musnah,ia dianggap kalah. Faci2 pula perlu bertungkus lumus untuk mengelirukan peserta..memang mandi peluh lah...=) end of game..group 5 menang...excellentlah dik!!


After minum pagi,kami bersiap untuk majlis penutupan kem Ibadah..sedih pulak rasanya. Dah nak habis dah...Sebelum ia diteruskan,adik2 diminta menyanyikan lagu tema iaitu Marilah Beramal..subhanallah...memang mengkagumkan...tanpa music,adik2 nyanyi lg best. Kemudian,adik2 juga diminta untuk merumuskan apa yg mereka dpt sepanjang program. Sesi ini,dikendalikan oleh saudara Zamri. Alhamdulillah..kelihatan objektif tu sampai...


Akhirnya,tibalah ke majlis perasmian penutupan oleh Pengerusi Surau,En Rasyidi dan diteruskan dgn penyampaian hadiah serta sijil untuk peserta.





Peserta lelaki terbaik..Firdaus

                                  Peserta perempuan terbaik...
                                    Raudhatun Najah





Keseluruhannya,program ini adlh yg terbaik. Meskipun ini kali pertama saya melibatkan diri,namun ia membuatkan saya untuk terus berbakti dan berbakti...ada motivasi di sebalik program ini.Memang terdapat beberapa kelemahan..tapi itu bukan alasan untuk saya berundur..kelemahan itu mengajar saya untuk buat yg terbaik pada masa akan dtg. InsyaAllah... Sekalung ucapan terima kasih yg tdk terhingga buat pihak penganjur..yg turut bertungkus lumus menjayakannya serta menjemput kami di daerah yg terpilih ini.. Sesungguhnya dakwah 
& tarbiyah di sana sgt berjalan..sehingga melahirkan generasi yg sangat baik..Teruskan usaha dlm mendidik diri kita,keluarga & ummah ke arah kecemerlangan dunia & akhirat..



 PERHATIANN!!!!!
"Kami sayang Allah & Rasulullah"

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends