PENDAPAT...kemenangan Vs kebenaran??

Dr Ibrahim Shogar,lecturer Philosophy of Science selalu berkata..."no opinion is wrong"...


Memang benar sekali!!
Setiap manusia dilahirkan dgn pelbagai kelebihan dan kebolehan. Terlalu variasi dan unik... Begitu jugalah halnya dgn cara pemikiran kita. Contoh yg paling mudah..bagaimana manusia melihat dunia ini sudah cukup membuktikan kepelbagaian dlm pemikiran. Ada yg mengatakan dunia ini hanya tempat untuk mengejar keseronokkan,ada pula yg beranggapan dunia ini adalah satu pembohongan..pelbagai tanggapan lg.. Dgn kepelbagaian inilah lahirnya kepelbagaian doktrin seperti post modernism, secularism, extremism dan seangkatan dgnnya. Sangat berbeza.. Pasti ada sebab mengapa Allah jadikan kita berbeza,bukan?

Saya tertarik untuk berbicara soal memberi pendapat di sini disebabkan byk situasi yg tdk diingini berlaku. Khuatir andai ia boleh membawa kpd permusuhan dan persengketaan dlm kalangan kita. Na'uzubillah...

Sesungguhnya, setiap drpd kita tiada larangan untuk memberi pendapat. Kita bebas menyuarakan pendapat. Tetapi, dalam keasyikkan memberi pendapat itu, berhati2lah...supaya ia tidak menjurus kita menjadi riak dan seterusnya terkeluar dari landasan tujuan memberi pendapat.Ikhlaslah memberi pendapat dan berlapang dada lah bila ia mendapat tentangan.

Seharusnya,kita perlu mengingatkan diri kita tentang tujuan mengapa kita memberi pendapat..majoritinya jelas mengatakan sekadar ingin berkongsi apa yg mereka faham berdasarkan jalur pemikiran mereka. Tapi..adakah begitu hasilnya?kebanyakkannya,tersasar drpd tujuan asal untuk memberi pendapat. Emosi mengatasi intelect.Akhirnya,perbalahan pendapat yang tercetus mendorong mereka untuk mencari kemenangan pada hujah masing2. Itulah yg seharusnya kita hindari sebenarnya...namun, situasi beginilah yg menular dlm masyarakat kita..terang lagi bersuluh..lihat saja di dada akhbar.. 

Budaya perbalahan pendapat atau hujah ini hendaklah dijadikan sebagai satu medium untuk mencari KEBENARAN bukannya KEMENANGAN. Bila mana ia di salahgunakan wujudlah perbalahan,permusuhan..bermasam muka antara satu sama lain,.seterusnya lahirlah ummah yg tidak bersatu.
Tanpa kita sedar,sebenarnya suasana inilah yang sedang kita hadapi.

Lantaran itu,bersamalah kita berusaha,bermujahadah..untuk memperbaiki keadaan ini. Jangan biarkan ia terus berjangkit ke dalam hati ke hati manusia yg lainnya..hingga membuahkan budaya yg tidak selari dgn kehendak Islam. Bermujahadahlah...bermulalah dgn DIRI SENDIRI..mulakan ia dgn sekarang dan mulakan ia dgn sedikit2. InsyaAllah,Allah tidak akn menyia2kan usaha kita semua.

Bermujahadahlah...

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends