MUSAFIR 1...

Alhamdulillah...tiada seindah ungkapan dpt ku ucapkan melainkan rasa syukur yg terbit di hati..
Moga diri ini sentiasa berada dlm golongan hambaNya yg bersyukur..begitu juga sekalian hambaNya yg lain..


Lebih berminat untuk bercerita tntang pengembaraan hari ini. Walaupun pd mata kasarnya tampak simple tp hakikatnya pada diri ini ia sangat bermakna & byk ku peroleh pd hari ini. Bukan bermakna hari2 sebelum adalah sia2 Sesungguhnya tiada apa kejadian yg sia2 melainkan tersembunyi hikmah yg cukup indah.. cumanya keinginan untuk bercakap "ada apa pd hari ini" terasa begitu membuak2... moga Allah pimpin hati ini untuk berkata2..


Hari ini,paper pertama saya untuk final exam telah bermula..subjek Protein Biotech. Alhamdulillah.. hakikatnya lebih byk pertolongan Allah berbanding usaha kecil saya itu. Terima kasih ya Allah.. Bercerita tentang exam, seringkali saya mengingatkan diri tentang tujuan sebenar menuntut ilmu. Memang mudah bibir mengatakan tuntutlah ilmu kerana Allah..tuntutlah ilmu kerana ilmu itu.. bukan kerna exam,bukan sebab mahukan pekerjaan yg terbaik kelak..atau sewaktu dgnnya..pelbagai jawapan... Bagi saya,bicara semua itu tiada nokhtahnya..
Namun, pernah kah terlintas di fikiran kita,bertanya pada diri......apakah sebenar tujuanku menuntut ilmu?jika benar kerana Allah..semata2 mencari redhaNya maka tetapkanlah ia. Walau bagaimana pun, pasti ada bisikan 'nakal' yg menembusi hati kita. Contohnya, menjelang exam,pasti semuanya berlumba2 belajar,belajar,belajar dan berlajar..kerna bimbang dengan exam.Begitu terperinci persiapan dibuat. Serba lengkap. Memang bagus caranya..apa2 hasilnya,usaha perlu dibuat namun hati2..supaya tidak silap perhitungan. Di sinilah perlunya kita sentiasa memperbaiki hati..supaya niat itu telus,suci seperti mana asal kejadian kita..
Bila melihat situasi ini,subhanallah...manusia begitu berusaha untuk mempersiapkan diri dgn exam mereka. Alangkah baiknya jika persiapan sebegini juga dibuat untuk menghadapi "exam2" kehidupan ini juga "exam" di kubur nanti...


Hari ini juga..ditakdirkan bersembang dgn seorang sahabat...sahabat yg istimewa. Sembang kami lebih kepada diskusi. bentuk sembang yg sgt saya sukai. Penuh dgn bahan ilmiah,unsur pengajaran & nasihat. Walaupun santai..insyaAllah input dirasai bersama. Sememangnya,kaedah yg santai lebih disukai oleh kebanyakkan org.
Satu nasihatnya yg x mungkin saya lupa.."kena tahu isu semasa..terutamanya yg melibatkan agama kita.."
Gara2 gagal memberi respon terhadap isu yg dibincangkan lantas dia mengingatkan saya. Terima kasih wahai sahabat..kerana masih sudi mengingatkan saya..
Ingat,jgn jadikan masa sebagai alsan untuk tidak sempat mengambil tahu tntg  isu2 semasa .. selagi kita ada masa untuk bergelak tawa..maka, masih ada masa..jgn biarkan ia berlalu begitu saja.


Malamnya,saya dikejutkan dgn 1 mesej..mesej berkenaan dgn wanita...renungkanlah..


Ingatlah dikau dlm lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
Contohilah wanita itu bukan dgn mencungkil matamu
Tapi..dgn menjaga keperibadianmu

Wahai muslimat,
Aku masih tertanya..bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
menghadiahkan senyuman,meramahkan bicara kpd lelaki yg bkn muhrim
Apakah engkau berani menguji jiwa lelaki yg sememangnya dicipta Allah
dahaga kpd keindahan wanita
walaupun sekadar muka yg manis
Apatah lelaki yg kau tahu cukup ego
menganggap wanita sbg hidangan yg blh dibelek & dipilih

Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorg lelaki yg akhirnya menjadi ahli sufi

Muslimat..
Beginilah jalanmu
Tundukkanlah pandangamu,keraskanlah suaramu
seriuskanlah perwatakkanmu,tampilkanlah ketegasanmu bila engkau di dpn atau di blkg lelaki
Walau atas apa alsan sekalipun
Ketuk keegooan mereka
Bangkitkan mereka dari mimpi
Jelaskan dgn amalmu bahawa..percampuran bkn caranya
Bahawa,keseronokan adlh palsu

Muslimat..
Inilah jalannya
Mungkin akan lahir remaja sprti Rijaluddin berjiwa perjuang
Bangkitnya da'ie bernama Hassan Al-Basri..
Bila sepasang mata menjadi hadiah...

Terkesima saya selepas menatapi setiap butiran kata2 ini..ia satu peringatan untuk saya berhati2..menjaga hati dan diri. Terima kasih kepada empunya mesej.. 

Sesungguhnya apa yg disampaikan ini adlh semata2 perkongsian dari hati saya..mudah2an sampai juga di hati semuanya. Bila hati mula berbicara,hakikatnya lebih mengingatkan pemilik hati ini dlm musafir ini..di samping itu,mengingatkan insan2 yg membacanya. InsyaAllah...






















0 comments:

Post a Comment

About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends