Agenda Cuti..

Lama juga blog ini sepi daripada sebarang bicara... Bkn tiada bicara,tetapi terlalu byk bicaranya..hingga tidak tahu yg mana 1 perlu diturutinya..Moga ini bukan 1 alasan membiarkan laman hati sepi tapi ia adlh 1 jawapan merungkaikan kekalutan hati. InsyaAllah.


Hampir 3 minggu cuti semester berlalu...3 minggu jualah diri ini di rumah bersama keluarga tercinta.Tampak seperti menjalani kehidupan yg simple & biasa... Rutin harian biasa..& biasa...Namun bagiku, ianya penuh dgn cabaran..melaksanakannya perlu dgn cara yg luar biasa.

Sebelum cuti semester bermula..pelbagai agenda telah ku lakari di fikiranku..dan ku cuba untuk laksanakannya. Antaranya:

*Permantapan diri.
*Berbakti kapada ibu,ayah dan adik2..
*Lesen memandu
*Berbakti kepada masyarakat
*Aktiviti2 bersama sahabat2.
    Permantapan diri adalah proses membaik pulih diri ini sendiri. Seperti yg tercatat di Majalah Solusi Isu ke-3,ruangan mahir,begitulah diri ini cuba mempraktikkan dlm kehidupan diri ini yakni penguasaan ilmu pengetahuan am,ilmu agama,ilmu komputer,bidang kemahiran dan komunikasi.Jadinya,budaya membaca adalah menjadi kemestian dan usaha menyelidik juga menjadi keperluan. Ianya,bukanlah mudah tetapi bukanlah mustahil. Asalkan ada kemahuan,pasti ada mujahadahnya. =) 
    Begitu jua usaha yg berterusan wat diri ini untuk memperbaiki diri-imannya,hatinya,akhlaknya,pemikirannya..

    Berbakti kpd ibu bapa dan adik2 adlh menjadi tanggungjawab & amanah buat insan yg bergelar anak.Moga ruang & peluang ini dapat dipenuhi dgn sebaik mungkin.Begitu juga harapannya dgn berbakti kepada masyarakat.InsyaAllah..biiznillah..

    Aktiviti bersama sahabat2...adalah masa  untuk diri ini mengeratkan lagi ikatan persahabatan ini. Di samping itu, diri ini dpt meninjau keadaan sahabat2 sekarang. Mudah2an,ianya terlaksana.Ameen.

    Sesungguhnya,terlalu banyak yg ingin dikejar & dikecapi. Oleh itu,bersiap sedialah untuk mendisiplinkan diri..berlapang dada untuk  menghadapi hari2 mendatang..Ujian itu pasti...tapi pastikah kita berjaya menerima ujian itu?Renung2kan lah..=)
    Berbicara soal ujian..kita semua pasti menerima ujian. Tidak ada yg terkecuali. Cume bentuk ujian itu sahaja berbeza...mengikut kadar kemampuan kita.Jadinya...Kau dan Aku sama tapi Berbeza.











    Ragam Pakcik2...

    Dlm perjalanan pulang ke rumah,Negeri Sembilan..perjalanan yg mengambil masa selama 4 jam setengah.

    Kuantan-Termerloh-Bahau...

    Saya telah ditakdirkan berkenalan dgn 2 org pakcik. Kedua2nya mempunyai 2 personaliti yg berbeza..Tp x tahu lah bagaimana org lain melihatnya.

    Pakcik pertama - Seorg yg berketrampilan.."hebat pakcik ni",bisik hati kecil saya. Perbualan bermula..

    P.cik: nak ke mana?
    Saya: nak ke bahau
    P.cik: saya pn nak ke sana..nk tgk kedai saya kat sana..
    Saya: owh..(x tahu untuk meneruskan perbualan)
    P.cik: sebenarnya,ni bkn seat saya. saya bebas duduk kat mana2 seat pn.. Tuan punya   syarikat bas ni,anak sedara saya.. (kelihatan berbangga)
    Saya: Ye ke..
    P.cik: dia bukan tuan punya syarikat bas ni je,dia juga pengerusi proton & badminton kebangsaan..
    Saya: wah..hebat ye tuan syarikat ni.
    P.cik: (terus menceritakan tentang anak sedaranya 2..kemudian dia bertanya..) keje kat mana?
    Saya: x keje..belajar lagi.. (nampak tua rupanya saya..huhu)
    P.cik: Belajar kat mana?
    Saya: UIA kuantan.
    P.cik: La..ye ke.. dulu saya mengajar di uitm. (ada disebut bilangan tahunnya,tapi saya terlupa)Lepas 2 di uia dan bersara di sana.
    Saya: owh..pakcik pensyarah rupanya dulu..
    P.cik; Tapi sekarang bukak kedai. Saya berniaga emas. Ada 7 kedai di semenanjung. 1 syarikat.(belum sempat bertanya tentang kedai pakcik tersebut,dia terus memintas menceritakan tentang isterinya. Pakcik ni berpoligami rupanya. ada 2 org isteri. Sorang asal kelantan & sorang lagi asal dari Melaka. Isteri ke-2nya seorang mualaf..seorang cina.) Ayah keje ape?
    Saya: Keje kampung je..
    P.cik: Owh..(kemudian pakcik meneruskan perbualan ke arah lebih serius..berkenaan politik & pendatang asing. Agak terkejut melihat riak wajah nya serta intonasi & gaya bahasa yg digunakan.Saya cuba mengawal rasa terkejut itu..terus menjadi pendengar yg setia..)

    Tidak lama kemudian,pakcik tersebut bergerak menuju ke bhgn hadapan..beralih tempat. Katanya mahu bersembang dgn driver bas. Barangkali, saya menunjukkan respon yg tdk menggalakkan sehingga perbualan menjadi bosan. Maafkan saya ye pakcik.

    Pakcik kedua- Seorang yg kelihatan biasa..seperti baru balik dari bertani. Perbualan bermula..

    P.cik: Anak nk ke mana?
    Saya: Nk ke bahau..Pakcik?
    P.cik: P.cik nk ke hospital..isteri pakcik baru bersalin. (sambil tersenyum)
    Saya: Owh,ye ke..alhamdulillah
    P.cik: Belajar lg ke?
    Saya: Haah..belajar lg.
    P.cik: Belajar mana?
    Saya: Kat Uia
    P.cik: owh..baguslah..ayah keje ape?
    Saya: keje kampung je..
    P.cik: hebatlah 2..keje kampung pn,anak belajar tinggi..susah nk belajar kat uia 2.
    Saya: (cuma tersenyum)..Ank pakcik ada berapa?
    P.cik: Pakcik ade 7 org ank..sorg dh keje..jd cikgu..yg lain belajar lagi..cikgu 2 dh kawin dh..Yg keduanya ada kat UK amik perubatan..yg ketiga belajar kat uitm dungun..yg lain sek lagi..
    Saya: Alhamdulillah..berjaya belaka sumenya ye pakcik..
    P.cik: Alhamdulillah...tapi ada lg yg kecik2 2..xtahu lg..
    Saya: InsyaAllah,sumenya berjaya pakcik..
    P.cik: Mudah2an... Elok sembang2 ni..pakcik nk pesan kat anak ni.. Waktu belajr ni,belajar sungguh2. Tekun..fokus.. Jgnlah sesekali ada pasangan.. Bknnya ape..sekarang macam2 kes jadi. Bila ade masalah dgn pasangan 2,terganggulah pelajaran..xleh nk tumpukan perhatian. Hati resah je. 2 baru ckit. Yg teruk,bila ade yg sanggup gadaikan maruah. lelaki xde hal..kaum perempuan ni lah yg menanggungnye nanti....tiba2 je 'bawak perut' nanti.. Ni bukan malu kat diri sendiri..mak ayah,1 keluarga malu nanti.. 2 lah yg pakcik risau kat ank2 perempuan pakcik..
    Saya: (sekadar mengangguk)
    P.cik: Lagi 1,pakcik nk pesan kat anak ni..hidup kita ni,kena hormat orang tua. Mak ayah kena hormat.. Jangan sesekali bg setitis air mata diorang pn jatuh disebabkan keburukan kita.Sekali air mata 2 jatuh,susahlah... Ingatlah..harapan diorang kat anak2 tinggi sgt. Sanggup berkorban apa je.Setiap saat diorang mendoakan keselamatan & kejayaan anak2nya diorang. 
    Saya: (terus mengangguk..terasa sayu..)
    P.cik: Dah nk sampai dh..pakcik keje kat jpj kuantan, kalau nampak kereta putih bmw  & no plat (x ingat pula no nye) tegurlah ye. Nanti boleh belanja makan. Nanti kirim salam kat ayah ngan mak ye..biarpun x kenal,sampaikan je..(sambil ketawa)
    Saya: InsyaAllah..sampaikan salam saya kat makcik juga ye..

    Kedengaran dia melaungkan kepada driver bas tersebut.."bertaubatlah kamu sebelum taubat kamu tidak diterima" sambil menuruni ank tangga bas itu..
    Anyway,jazakallahu khairan kathira pakcik atas nasihat & pesanan tersebut..

    Begitulah...
    Perjalanan yg lama terasa singkat..pelbagai butiran ilmu & hikmah saya kutip pada hari itu sama ada tersurat mahupun tersirat. Terima kasih kepada kedua2 pakcik..Moga Allah sentiasa merahmati pakcik berdua.. =)

    P/S: komunikasi nampaknya perlu diperbaiki lagi...=(




    Rindu..

    Kaku seketika...

    serasa kekok untuk berbicara setiba di laman surau IM14. Kelihatan adik2 peserta Kem Ibadah tempoh lalu sudah sedia menanti di sana. Subhanallah... 

    Waktu selapas asar pada 3hb April yg lalu dimanfaatkan untuk ziarah adik2 di sana. Dgn kesudian saudara Imad membawa shbt2 muslimah ke sana memudahkan lagi pertemuan ini.Terima kasih ye!

    Sememangnya,saya hilang punca untuk berkata2..entah mengapa.. Mungkin terlalu rindu pada mereka. RIndu yg sekian lama terpendam.. Sehingga ada masanya, meresap masuk dlm mimpi. Sesungguhnya, memandang mereka seakan2 melihat raut wajah adik2 saya. Memang rindu...

    Pertemuan itu terpisah antara lelaki dan perempuan.. Untuk pertemuan bersama adik2 perempuan,kami memilih untuk berada di dalam surau. Pertemuan yg santai..bersesuaian dgn tujuan untuk menziarahi mereka. Pertemuan yg lebih kepada bual bicara adik2..mengenai apa yg mereka perolehi sepnjg program yg lalu. Bicara tentang keadaan semasa dan sebagainya. Rasa gembira sungguh pertemuan ini. Melihat mereka gembira membuatkn hati ini jauh lebih gembira.....terima kasih adik2..
    Terima kasih ya Allah..

    Seperkara yg cukup menyentuh hati saya...bila mana 4 ke 5 orang adik2 ni sangat2 memberi pada diri saya. Perhatiannya..kasih sayangnya..sifat ambil beratnya..dan paling terharu..doanya.. Subhanallah... Tidak mampu diungkapkan dgn kata2. Bila diberitahu tntg keberangkatan saya ke Negeri Sembilan untuk pulang bercuti selama 3 bln,begitu berubah air mukanya..tampak sedih & sayu. Maafkan akak dik..especially wat adik Najah.

    Hari ini saja ada beberapa kali  Najah membuat panggilan telefon.Risau katanya.."sebab akak exam.." Petangnya,ditelefonnya lagi..bertanya tentg exam td.."camne,dpt wat exm x?najah doa tuk semua kakak..najah doa sungguh2 tadi tau.." Dlm nada tertawa saya sambut... menyembunyikan rasa terharu & sayu yg bermain dibenak hati ini. 

    Sesungguhnya,saya rasa sangat bersyukur..dipilih untuk terpilih menjadi org yg mendapat nikmat ini.Nikmat yg berupa sejenis perasaan yg sukar ditafsirkan. InsyaAllah,pertemuan yg bermula dgn kehendak Allah, moga berkekalan dgn keredhaan & keberkatan drpdNYA.. Moga kasih sayang yg Allah kurniakan ini akan berkekalan hendaknya...

    *Raudhatun Najah... seorang insan yg kelihatan biasa namun punyai kekuatan & kehebatan yg luar biasa.Moga rindu dan kasih sayang yg terbina menyuburkan lagi ikatan ini. Mengingatkan kita lagi kepada Dia Yang Maha Penyayang...
    InsyaAllah..


    About this blog

    Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

    Calendar

    Friends