Program mendidik jiwa..

2011 berlalu pergi.. sepi tanpa pengkhabaran di laman ini..
Alhamdulillah, 2012 memanggil saya tuk terus menulis..  menulis tuk belajar & berkongsi.. insyaAllah. :)


Kali ini, tdk byk yg ingin diceritakan cuma ingin berkongsi beberapa program sekitar Malaysia yg insyaAllah, pastinya bermanfaat buat semua. Kira mcm promo la.. :)


1) TWINS OF FAITH
    Date: 24th -25th December 2011
    Venue: Putrajaya International Convention Centre (PICC)



Alhamdulillah, ini merupakn salah 1 international programme yg dpt saya turut serta. Twins of faith atau lebih dikenali dgn TOF sememangnya 1 program yg sgt bermanfaat. It was a family festival..!! The good time for family gathering.. From this programme, i can see that all people around the world sat together under 1 roof, under 1 programme and of course under 1 faith.. Allahu akbar...

This program emphasized on intergration of 'ilm (knowledge) and 'amal (action). It means that apa saja amalan yg hendak kita lakukan mestilah disandarkan dgn ilmu/pengetahuan yg sohih. Jika kita beramal tanpa ilmu atau cuma ada ilmu tanpa amal..it's nothing,meaningless.. Similarly what Imam Ghazali said,

"Ilmu tanpa amal, gila..amal tanpa ilmu, sia-sia.."

Program 2 hari ini sememangnya padat dgn topik-topik yg menarik. Since seminar and conference were conducted at the same time, so x smua session dpt participate. Maybe i have to post a special post for this TOF programme. Insyaallah.. :)

2) COUNTDOWN 2012
    Date: 31st December 2011
    Venue: Dataran Kemerdekaan Shah Alam



















Program yg julung2 kalinya dibuat.. sambutan tahun baru yg lain drpd kebiasaan selama ini. This is what we want.. Alhamdulillah, mendpt sambutan yg amat menggalakkan... meskipun hanya melihat melalui youtube namun terasa kehangatannya..betapa ramai yg inginkan cara Islami. Allahu akbar..dan sesungguhnya Islam adlh agama fitrah.



3) HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI
    Date: 31st December 2011 - 1st January 2012
    Venue: Masjid Negara





Program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati ini juga merupakan salah 1 alternatif program utk sambutan tahun baru. Ini adalah kali ke-2. Alhamdulillah, sambutannya jua tdk mengecewakan. Sekali lagi, saya cuma mendengar kehebatan program ini melalui teman2 sahaja..

4) KONSERT HULU KELANG BERSELAWAT
    Date: 6th February 2012
    Venue: Padang Rekreasi AU5 Lembah Keramat

Program ini diadakan sempena sambutan Maulidur rasul baru2 ini. Ia bukanlah utk membuat kelainan dlm agama tp merupakan slh 1 platform utk mengajak org ramai yg lupa,leka..utk kembali mengingati pengorbanan, keperibadian Rasulullah saw. Mudah2an, sambutan ini membantu menyemai rasa cinta kpd Rasulullah saw. InsyaAllah.

PROGRAM AKAN DATANG...
1) RAIKAN CINTA
    Date: 11st February 2012
    Venue: Pusat Islam JAWI,KL



2) WACANA INTELEKTUAL
    Date: 13rd February 2012
    Venue: USMKK


3) KONVENSYEN FIQH
    Date: 18th - 19th February 2012
    Venue: Dewan Merdeka PWTC


4) PRODUCTIVE MUSLIM
    Date: 25th - 26th February 2012
    Venue: IIUM Gombak


5) KONVENSYEN BIDADARI DUNIA
    Date: 24th - 25th March 2012
    Venue: Putrajaya International Convention Centre (PICC)




Alhamdulillah, program-program seumpama ini makin  berlumba2 mencari tempat di hati masyarakat. Tak henti.. dan alhamdulillah, penerimaan org ramai sgtla luar biasa.. 

Ini hanyalah sebahagian drpd list of programme yg sempat sy observe. Terdapat byk lagi yg menanti utk disertai.. Jadi, rebutlah peluang menuntut ilmu dan menghayatinya..dan mudah2an dpt pula kita praktikkan dlm kehidupan seharian kita. InsyaAllah.

Mendidik Diri

"UNTUK TAHU...BELAJAR. UNTUK MAHU...MUJAHADAH. UNTUK  MAMPU...LATIH"

Ungkapan di atas sangat bermakna buat diri. Ringkas,padat dan tepat. Kata2 yg saya ambil drpd Ust Pahrol Juoi ini sememangnya berpadanan sekali dan sesuai dijadikan kunci kpd proses penghijrahan seseorang. Sesungguhnya,proses pembelajaran untuk mengetahui sesuatu maklumat atau ilmu itu agak mudah...lebih2 lagi dlm era dunia tanpa sempadan kini maklumat mudah diperolehi menerusi jaringan internet. Namun,bila kita berpindah ke proses mujahadah dan latihan untuk kita mampu mangamalkannya dan seterusnya menjadi tabiat kita seharian,ianya memang payah..Seringkali jatuh tersungkur. Tetapi,selagi ada kesungguhan yg berterusan, InsyaAllah,Allah akn permudahkan segalanya. Mohonlah doa padaNYA Yang Esa supaya mujahadah kita berakhir dgn kejayaan.


Berminat untuk berkongsi agenda cuti yang lalu. Hampir sebulan menghabiskan cuti di rumah.Agenda cuti lebih kepada ingin berbakti kpd mak dan ayah serta bersama2 keluarga dlm usaha memperbaiki diri. Sesungguhnya sebaik2 perancang adalah Allah Yang Esa. Beberapa hari kemudian,saya telah diberi amanah untuk menjaga & juga mendidik sepupu2 yg stiap drpdnya berumur 10 tahun,9 tahun dan 4 tahun.Perkataan 'amanah' drpd sang ayah benar2 menggetarkan hati saya.

Usaha mendidik sebenarnya membuatkan saya sacara langsung terdidik.

Menjaga mereka mungkin mudah namun untuk mendidik ianya perlu kreatif dan bijaksana. Lebih2 lagi mengendalikan anak2 seusia ini. Stiap hari pelbagai rencana perlu disusun supaya mereka sekurang2nya dpt sedikit input berkenaan dgn putaran hidup ini.Slot bercerita menjadi tarikan mereka..lebih2 lagi berkenaan dgn  kisah para anbiya',kisah syurga dan neraka,hari akhirat.. Alhamdulillah...mereka mudah menerima,mudah mempelajari dan mudah pula mengamalkannya...Memg benarlah..lentur buluh biarlah drpd rebungnya. Seusia inilah pendidikan perlu diterapkan dlm diri anak2 kerana mereka mudah mengikutinya tanpa byk mempersoalkannya. Hati masih terang.

Perancangan drpd Allah Yang Maha Mengetahui ini adalah bonus pada saya. Saya dpt mempelajari sesuatu yg xdpt saya perolehi dlm sesi pembelajaran formal...cara mendidik anak2,kepelbagaian dlm mendidik,memahami anak2,sabar,pengurusan masa dan seangkatan dgnnya.Sesungguhnya,Allah beri apa yg saya perlu.Kesyukuran yg tdk terhingga buat Tuhan Yang Menciptakan diri membenarkan saya merasai nikmat ini. Moga nikmat ini menjadikan saya hambaNya yg lebih baik dan mohon perlindunganNYA drpd menjadi fitnah kpd agama saya sendiri..

Surat Buat Hati...

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Buat hati..

Sesungguhnya jauh di ruang hatimu
Mengakui segala kepastian yg dijanjikanNYA..
Cuma..dirimu diperhambakan oleh mainan keindahan dunia..
Gambaran bahagia oleh nafsu..seiring dgn itu,motivasi dari sang Syaitan..
Dirimu mampu untuk merdeka dari smua itu namun, engkau merelakannya..
Membiarkan diri terus hanyut...

Tatkala hatimu lena dibuai dgn indahnya dunia..matamu dikaburi dgn segala isinya..
Namun begitu..tarbiyah silih berganti menerpamu..
Mengejarmu..dgn harapan moga dirimu sedar tika leka..ingat tika lupa..
Tetapi..apa jawapanmu?
Hatimu menidakkan segalanya...dirimu berkeras menolaknya..mengelak daripadanya..
Dirimu terus setia memilih dunia..

Sehinggalah ke suatu masa..
Tika dirimu terkapai2 dlm arus dunia..
Dirimu disentuh mesra dgn belaian kasihNYA
Dirimu dipeluk hangat dgn petunjukNYA
Tidak tergambar betapa hebatnya perasaan ketika itu
Sungguh aman..tenteram..menenangkan...

Ketika itula..dirimu sedar akan kealpaanmu..
Malu terus beraja di hati
Malu padaNYA...yg telah menciptakan diri..yg  telah memperhebatkan diri dgn Rahmat Kasih Sayang-NYA..
Malu padaNYA...yg selama ini banyak memberi pd diri..kejayaan..kebahagiaan..
Meskipun diri sering melakukan perkara2 yg mendtgkn Murka-NYA..
Maha Benarlah Tuhan yg Menciptakan..
KASIH SAYANG-NYA MENDAHULUI MURKA-NYA..
Hati lantas tunduk..akur atas kehebatanNYA..
Tunduk malu atas segalanya..

Hati...syukurlah..
Tidak dibiarknmu terus menerus dlm gelombang dunia yg penuh kepura2an..
Hati..syukurlah..
Dlm kalangan ramai insan yg leka..dirimu dipilih olehNYA untuk kembali berpaut pd-NYA
Syukurla dgn setinggi2 kesyukuran..
Dirimu..insan terpilih..

Kini..
Berpegang  teguhlah di jalan mujahadah ini
Org mukmin itu sifatnya tidak jatuh pd lubang yg sama..
Isytiharkanlah perang pd nafsumu..perlengkapkn dirimu dgn perisai keimanan & taqwa terhadap musuhmu..syaitan durjana..
Bertahanlah di laluan ini..
Biarpun perit..gagahilah ia dgn spenuh hatimu..
Bulatkan tekadmu..perkuatkan azam mu..
Redha Allah adlh pilihan & matlamatmu..

Bersabarlah..bertahanlah wahai hati...


About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends