PENDAPAT...kemenangan Vs kebenaran??

Dr Ibrahim Shogar,lecturer Philosophy of Science selalu berkata..."no opinion is wrong"...


Memang benar sekali!!
Setiap manusia dilahirkan dgn pelbagai kelebihan dan kebolehan. Terlalu variasi dan unik... Begitu jugalah halnya dgn cara pemikiran kita. Contoh yg paling mudah..bagaimana manusia melihat dunia ini sudah cukup membuktikan kepelbagaian dlm pemikiran. Ada yg mengatakan dunia ini hanya tempat untuk mengejar keseronokkan,ada pula yg beranggapan dunia ini adalah satu pembohongan..pelbagai tanggapan lg.. Dgn kepelbagaian inilah lahirnya kepelbagaian doktrin seperti post modernism, secularism, extremism dan seangkatan dgnnya. Sangat berbeza.. Pasti ada sebab mengapa Allah jadikan kita berbeza,bukan?

Saya tertarik untuk berbicara soal memberi pendapat di sini disebabkan byk situasi yg tdk diingini berlaku. Khuatir andai ia boleh membawa kpd permusuhan dan persengketaan dlm kalangan kita. Na'uzubillah...

Sesungguhnya, setiap drpd kita tiada larangan untuk memberi pendapat. Kita bebas menyuarakan pendapat. Tetapi, dalam keasyikkan memberi pendapat itu, berhati2lah...supaya ia tidak menjurus kita menjadi riak dan seterusnya terkeluar dari landasan tujuan memberi pendapat.Ikhlaslah memberi pendapat dan berlapang dada lah bila ia mendapat tentangan.

Seharusnya,kita perlu mengingatkan diri kita tentang tujuan mengapa kita memberi pendapat..majoritinya jelas mengatakan sekadar ingin berkongsi apa yg mereka faham berdasarkan jalur pemikiran mereka. Tapi..adakah begitu hasilnya?kebanyakkannya,tersasar drpd tujuan asal untuk memberi pendapat. Emosi mengatasi intelect.Akhirnya,perbalahan pendapat yang tercetus mendorong mereka untuk mencari kemenangan pada hujah masing2. Itulah yg seharusnya kita hindari sebenarnya...namun, situasi beginilah yg menular dlm masyarakat kita..terang lagi bersuluh..lihat saja di dada akhbar.. 

Budaya perbalahan pendapat atau hujah ini hendaklah dijadikan sebagai satu medium untuk mencari KEBENARAN bukannya KEMENANGAN. Bila mana ia di salahgunakan wujudlah perbalahan,permusuhan..bermasam muka antara satu sama lain,.seterusnya lahirlah ummah yg tidak bersatu.
Tanpa kita sedar,sebenarnya suasana inilah yang sedang kita hadapi.

Lantaran itu,bersamalah kita berusaha,bermujahadah..untuk memperbaiki keadaan ini. Jangan biarkan ia terus berjangkit ke dalam hati ke hati manusia yg lainnya..hingga membuahkan budaya yg tidak selari dgn kehendak Islam. Bermujahadahlah...bermulalah dgn DIRI SENDIRI..mulakan ia dgn sekarang dan mulakan ia dgn sedikit2. InsyaAllah,Allah tidak akn menyia2kan usaha kita semua.

Bermujahadahlah...

MUSAFIR 1...

Alhamdulillah...tiada seindah ungkapan dpt ku ucapkan melainkan rasa syukur yg terbit di hati..
Moga diri ini sentiasa berada dlm golongan hambaNya yg bersyukur..begitu juga sekalian hambaNya yg lain..


Lebih berminat untuk bercerita tntang pengembaraan hari ini. Walaupun pd mata kasarnya tampak simple tp hakikatnya pada diri ini ia sangat bermakna & byk ku peroleh pd hari ini. Bukan bermakna hari2 sebelum adalah sia2 Sesungguhnya tiada apa kejadian yg sia2 melainkan tersembunyi hikmah yg cukup indah.. cumanya keinginan untuk bercakap "ada apa pd hari ini" terasa begitu membuak2... moga Allah pimpin hati ini untuk berkata2..


Hari ini,paper pertama saya untuk final exam telah bermula..subjek Protein Biotech. Alhamdulillah.. hakikatnya lebih byk pertolongan Allah berbanding usaha kecil saya itu. Terima kasih ya Allah.. Bercerita tentang exam, seringkali saya mengingatkan diri tentang tujuan sebenar menuntut ilmu. Memang mudah bibir mengatakan tuntutlah ilmu kerana Allah..tuntutlah ilmu kerana ilmu itu.. bukan kerna exam,bukan sebab mahukan pekerjaan yg terbaik kelak..atau sewaktu dgnnya..pelbagai jawapan... Bagi saya,bicara semua itu tiada nokhtahnya..
Namun, pernah kah terlintas di fikiran kita,bertanya pada diri......apakah sebenar tujuanku menuntut ilmu?jika benar kerana Allah..semata2 mencari redhaNya maka tetapkanlah ia. Walau bagaimana pun, pasti ada bisikan 'nakal' yg menembusi hati kita. Contohnya, menjelang exam,pasti semuanya berlumba2 belajar,belajar,belajar dan berlajar..kerna bimbang dengan exam.Begitu terperinci persiapan dibuat. Serba lengkap. Memang bagus caranya..apa2 hasilnya,usaha perlu dibuat namun hati2..supaya tidak silap perhitungan. Di sinilah perlunya kita sentiasa memperbaiki hati..supaya niat itu telus,suci seperti mana asal kejadian kita..
Bila melihat situasi ini,subhanallah...manusia begitu berusaha untuk mempersiapkan diri dgn exam mereka. Alangkah baiknya jika persiapan sebegini juga dibuat untuk menghadapi "exam2" kehidupan ini juga "exam" di kubur nanti...


Hari ini juga..ditakdirkan bersembang dgn seorang sahabat...sahabat yg istimewa. Sembang kami lebih kepada diskusi. bentuk sembang yg sgt saya sukai. Penuh dgn bahan ilmiah,unsur pengajaran & nasihat. Walaupun santai..insyaAllah input dirasai bersama. Sememangnya,kaedah yg santai lebih disukai oleh kebanyakkan org.
Satu nasihatnya yg x mungkin saya lupa.."kena tahu isu semasa..terutamanya yg melibatkan agama kita.."
Gara2 gagal memberi respon terhadap isu yg dibincangkan lantas dia mengingatkan saya. Terima kasih wahai sahabat..kerana masih sudi mengingatkan saya..
Ingat,jgn jadikan masa sebagai alsan untuk tidak sempat mengambil tahu tntg  isu2 semasa .. selagi kita ada masa untuk bergelak tawa..maka, masih ada masa..jgn biarkan ia berlalu begitu saja.


Malamnya,saya dikejutkan dgn 1 mesej..mesej berkenaan dgn wanita...renungkanlah..


Ingatlah dikau dlm lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
Contohilah wanita itu bukan dgn mencungkil matamu
Tapi..dgn menjaga keperibadianmu

Wahai muslimat,
Aku masih tertanya..bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
menghadiahkan senyuman,meramahkan bicara kpd lelaki yg bkn muhrim
Apakah engkau berani menguji jiwa lelaki yg sememangnya dicipta Allah
dahaga kpd keindahan wanita
walaupun sekadar muka yg manis
Apatah lelaki yg kau tahu cukup ego
menganggap wanita sbg hidangan yg blh dibelek & dipilih

Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorg lelaki yg akhirnya menjadi ahli sufi

Muslimat..
Beginilah jalanmu
Tundukkanlah pandangamu,keraskanlah suaramu
seriuskanlah perwatakkanmu,tampilkanlah ketegasanmu bila engkau di dpn atau di blkg lelaki
Walau atas apa alsan sekalipun
Ketuk keegooan mereka
Bangkitkan mereka dari mimpi
Jelaskan dgn amalmu bahawa..percampuran bkn caranya
Bahawa,keseronokan adlh palsu

Muslimat..
Inilah jalannya
Mungkin akan lahir remaja sprti Rijaluddin berjiwa perjuang
Bangkitnya da'ie bernama Hassan Al-Basri..
Bila sepasang mata menjadi hadiah...

Terkesima saya selepas menatapi setiap butiran kata2 ini..ia satu peringatan untuk saya berhati2..menjaga hati dan diri. Terima kasih kepada empunya mesej.. 

Sesungguhnya apa yg disampaikan ini adlh semata2 perkongsian dari hati saya..mudah2an sampai juga di hati semuanya. Bila hati mula berbicara,hakikatnya lebih mengingatkan pemilik hati ini dlm musafir ini..di samping itu,mengingatkan insan2 yg membacanya. InsyaAllah...






















Jalan Pulangku

Tundukku malu di depanMu
Kerna ku insan berdosa
Ku adukan sesalanku
Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yg lena
Tinggalkan semalam yg nanah
Lantas edarkan ia kan ku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buat ku melepaskan dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Serlahkan segala kiasan indah cintaMu

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buat ku melepaskan dahaga

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yg rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buat ku melepaskan dahaga

Tak kutemu di manakah hentinya
Rayuan taubatku padaMu



* Terima kasih ya Allah... atas kasih sayangMu. Tak pernah sekali Kau tinggalkan ku walaupun sesaat.. Diriku sendiri yg selalu lupa akanMu. Sering lupa akan hakikat hidup ini. Meskipun begitu, Kau tetap bersamaku..limpahan rahmat,nikmat yg Kau berikan...begitu banyak ya Allah.. Malunya diri ini untuk menghadapMu...

Kau terus berikan ku kegembiraan & kejayaan.. Bila ku sedih,Kau pujukku dgn kalimahMu...Kau temukan aku dgn insan2 pilihanMu untuk membantu hambaMu ini.. Bila ku tersasar dari perbuatanku, Kau tarbiyah hambaMu ini meskipun begitu susah aku ingin menerimanya pd mulanya...

Tanpa kasih sayangMu..aku hanyalah hambaMu yg hina. Tanpa kasih sayangMu..aku terus dibuai dgn janji manis nafsu.. Tanpa kasih sayangMu..aku tidak akan mengenal erti hidup yg sebenar... Diriku akan terus hanyut dgn hiasan dunia ini...
Ya allah...sesungguhnya Kau tidak perlukan ku. Tapi AKU YG MEMERLUKANMU... Tetapkan lah hatiku ya Allah. Aku ingin sentiasa merasai kasih sayang ini..aku ingin sentiasa merasai rindunya untuk bertemu dgnMu..


Ampunilah segala dosaku Ya Allah...

Berlapang dada lah....

Alhamdulillah... masih lagi merasai nikmat Islam & Iman ini..masih lg diri ini diberi peluang untuk terus berusaha menjadi hambaNya yg terbaik. Moga nikmat ini,kita semua rebut dan hargai..saling ingat-mengingatilah antara kita.InsyaAllah,tiada kata untuk golongan tercicir..

Kali ini, hati ini tertarik untuk berbicara soal konsep berlapang dada. Konsep yg mudah dituturkan oleh kata. Namun,bila mana situasi minta mempraktikkannya..ternyata sukar sekali. Pernahkah kita terfikir, kenapa agaknya ianya sesuatu yg susah untuk kita aplikasikan dlm hidup kita?

Mari kita sama2 renungkan dan cuba mencari solusi kepada pergolakan ini...
Berlapang dada bermakna dgn senang hati menerima segala ketentuanNya. Secara amnya, apa sahaja yg berlaku pada diri kita, sama ada yg gembira mahupun sebaliknya, kita sahut & terima dgn hati yg terbuka.. Saya yakin,apa yg menggembirakan pasti dpt ditangani dgn hati terbuka..tetapi,perlu berhati2..supaya tidak sampai lupa diri.Almaklumlah, gembira keterlaluan selalu buat hati lupa akn semuanya.. Berbeza pula dgn keadaan sebaliknya. Kita sering meletakkan diri di tempat yg sgt jauh..susah untuk menerima sesuatu yg bukan kita inginkan.Segala perasaan bercampur baur...sedih,marah,kecewa.. Tidak salahnya jika memiliki perasaan tersebut kerana sebagai manusia biasa ia sudah menjadi fitrah kita. Cumanya, ia menjadi salah jika ia menjadikan seseorang itu langsung tidak boleh menerima setiap kejadian yg berlaku.

Apabila kita menghadapi situasi gagal dlm peperiksaan, masalah keluarga...simply,apabila kita gagal untuk dapat seperti yg kita kehendaki..pasti begitu payah untuk kita berlapang dada aknnya...Begitu payah untuk kita keluar drpd lingkungan perasaan kegagalan itu..sgt susah dirasakannya...
Sedarlah wahai sekalian hati...
Di sinilah perlunya rasa qanaah dlm kehidupan kita..berpuas hati dgn segalanya..rasa syukur pada ketentuan yg ditetapkanNya.. Suburkanlah dlm jiwa kita..sesungguhnya Allah beri apa yg kita perlu. Pasti sekalian hati pernah terbaca sentuhan kalimah kasih drpdNYA....
             "..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                    (al-baqarah:216)

Ingatlah,Allah itu Pencipta kita. Sudah tentu Dia mengetahui apa yg terbaik buat para ciptaanNYA.Sungguh,Dia sama sekali tidak akn menyia2kan ciptaanNYA. Bahkan,Dia sgt kasih pada ciptaanNYA.Tidakkah kita merasainya..

Wahai hati..
Berusahalah kita untuk membuang segala kata2 negatif yg wujud pada pemikiran kita. Hapuskan segala2 yg boleh membuat dirimu rasa x tertanggung...jgn bicara soal MASALAH..tp bicaralah soal UJIAN.Sesungguhnya ujian itu nikmat. Dan tentunya nikmat adlh sesuatu yg kita sukai. Ujian itu tanda pantauan daripada Allah. Dan pantauan Allah itu adlh tanda kasihNYA kpd kita. Masih tdk cukupkah semua itu..bukankah KasihNYA yg kita inginkan?

Hati-hati yg tulus...
Sentiasalah berusaha serasikan tadbir & takdir. InsyaAllah,dirimu akan redha dgn apa yg berlaku..dgn apa saja yg mendatang.Di sinilah Allah mendidik kita supaya bertawakal..menyerahkan segala kepada Dia yg Maha Kuasa selepas kita berusaha. Jangan cepat melatah..usaha perlu diteruskan..namun ingat,sebaik2 perancang adalah Allah. Lantaran itu, iringilah usaha itu dgn doa yg tulus..dan seterusnya bertawakallah. InsyaAllah..

Sama2lah kita berusaha untuk mendidik diri menjadi insan yg lebih baik..ingat mengingati lah kita ke arah kebaikan. Pohon ampun atas segala kekurangan...sesungguhnya,kata2 yg terbit drpd diri ini pasti akan diuji..sentiasalah bersiap sedia untuk tidak bersedia!!

Ya Allah..berkatilah kami semua...



Kem Ibadah

Dgn izinNya, kem ibadah di Surau Muttaqin,Taman Mahkota Idaman,IM14 selesai dgn lancarnya..alhamdulillah.Sesungguhnya,kem yg berlansung selama 3 hari 2 malam ini yakni dari 12hb-14hb Mac 2010 sangat memberi kesan pada diri saya khususnya.

Pada mulanya,saya sangat bimbang untuk mengendalikan program ini memandangkan ianya 1 permulaan buat diri saya.Memang banyak dugaan & cabaran yg berlaku sebelum program bermula..dugaan pengurusan,kesihatan,pencarian facilatator dan sewaktu dgnnya.Ada masanya kami hingga terfikir mungkin Allah tak izinkan..namun salah seorang sahabat mencelah..mungkin juga ini semua adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesungguhan kami semua untuk mengendalikan program ini. Hmm...

1st day...

Seperti biasa..sesi pendaftaran bermula. Kebetulan saya terlibat untuk menguruskannya bersama Farida. Alhasil...jumlah peserta keseluruhannya adlh 77 org. 30 peserta perempuan dan selebihnya merupakan peserta lelaki..Jumlah yg agak besar...tambahan pula terdiri dari pelbagai lapisan umur..dari umur 7 tahun hingga je 17 tahun..dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Ini bukan calang2 tugasan...ia merupakan tugasan yg besar buat saya dan rakan2 yang lain.


Program kem ibadah ini bermula dgn solat asar berjemaah..seterusnya pihak penganjur memperkenalkan barisan AJK surau di kediaman tersebut.Selepasnya pula,saya dan rakan2 faci memperkenalkan diri kepada adik2 peserta kem tersebut.Macam2 ragam dapat dilihat.Pertanyaan daripada adik2 pun bukan sebarang soalan..di luar jangkaan belaka. =) bila diminta meneka umur,ada yg mengatakan umur 19tahun..terasa muda seketika...=p Macam2 adik2 ni..
At the same time,kami meneruskan pembahagian kumpulan yg berdasarkan games tertentu.. Ia bukan sekadar seronok2 sj tapi ia juga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara peserta sambil berkenal2an.




Selepas maghrib,kuliah maghrib yg dikendalikan oleh saudara Fakhrurrazi diteruskan. Kuliah tersebut berkisar kepada konsep taaruf,perkenalan. Sesungguhnya,bukan mudah untuk menyampaikan kuliah yg dihadiri oleh pelbagai lapisan umur ini.Ianya sangat2 menguji kesabaran di jiwa. Namun,alhamdulillah..saudara Fakhrurrazi bijak mengendalikannya.. Apa yg menarik dalam penyampaiannya ialah PS3..Apa itu PS3?P-prihatin,3S-salam,senyum,sayang.Kemudian,LDK1 bermula. Semua peserta duduk mengikut kumpulan.Saya ditakdirkan untuk conduct group 5...adik Aqila,Hidayatul Husna,Amirah,Damira Syafiqa,Shahira & Khaleeda. Apa yg ingin diterapkan dlm LDK1 ini adlah pengenalan & komunikasi berkesan.



2nd day...
Mengikut plan kami,faci2..nak kejut adik2 peserta untuk qiamulail dlm jam 5pg. Namun,Allah permudahkan segala urusan dgn menurunkan hujan sehingga khemah adik2 ni masuk air. Disebabkan itu,mereka bangun awal,siap mandi menyiapkan diri. Jam 4.30pg semua peserta sudah ada di surau..subhanallah..cantik perancangan Allah.
Kemudian,diadakan kuliah subuh yg disampaikan oleh ketua faci yakni saudara Amar dgn konsep Ibadat solat dalam kehidupan Mukmin.3 penekanan telah dikemukakan..kenapa kita perlu solat. Alhamdulillah,adik2 memberi respon yg menggalakkan walaupun masih awal pagi.
Seterusnya,senaman pagi dijalankan. Senaman ini kendalikan oleh saudara Syafiq.Sangat menarik..nampak excited adik2 melakukannya..=) faci pn tumpang sekaki..


Selepas bersarapan & khidmat diri,adik2 peserta berkumpul di surau untuk LDK 2 yg berorientasikan praktikal azan subuh, iqamah, wudu' dan tayamum..dan diteruskan dgn LDK 3 yg berkonsepkan praktikal solat ketika sakit,solat hari raya,solat jenazah dan solat hajat selepas minum pagi.



Sesi petangnya,dlm jam2 pm iaitu waktu2 critical..diadakan beberapa games indoor yg menggantikan rentas halangan. Sesi ini dikendalikan oleh saudara Zamri & saudari Aini. Namun saya hanya berpeluang bersama mereka untuk 1 jam pertama sahaja disebabkan ada urusan lain perlu disettlekn terlebih dahulu. 
Selepas solat asar,program diteruskan dgn sukan rakyat. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah jalan atas bata,bowling padang & masukkan air dgn menggunakan span. Memandangkan saya memegang kumpulan 5,so saya sgt excited menyokong kumpulan 5 sehinggakan saya terlupa di mana keberadaan saya...so far,alhamdulillah..group 5 still mendpt tmpt. Good job adik2 akak!!=) At the same time,diadakan juga pertandingan rebut gula2 bg adik2 yg masih kecil lingkungan 3 hingga 6 tahun..x ketinggalan juga pertandingan tarik tali bagi peserta lelaki sahaja. =)


Selepas maghrib,program diteruskan dgn kuliah maghrib yg dikendalikan oleh saudara Zulkifli Yunus. Tajuk kuliahnya berkisarkan penghayatan terhadap pengorbanan ibu bapa. LDK seterusnya yg dijalankan selepas isya' juga dikendalikan oleh saudara Zul. Sememangnya dia berkemampuan untuk menguruskannya walaupun saya difahamkan ia merupakan kali pertama dlm hidupnya. Mumtaz..he did the best!sesungguhnya,bukan tangisan adik2 yg kami harapkan drpd slot ini tetapi kesedaran terhadap tanggungjawab mereka serta bagaimana adab2 dgn ibu bapa.Mudah2ah kesedaran ini kekal lama hi hati adik2...
Selepas minum malam, saudara Imad mempertontonkan cerita Laskar Pelangi kepada adik2. Walaupun ia mendapat tentangan beberapa faci namun ia diteruskan juga atas alasan why not kita cuba je.. Alhamdulillah,still ada respon drpd beberapa adik2 namun ia masih belum cukup sesuai untuk ditayangkan. Walau apapun,usaha itu sgt dihargai.
Malam tersebut,kami semua tidur di surau disebabkan hujan yg lebat.Tidur bersama dgn adik2...memang seronok. Macam2 gelagat & ragam..x kurang juga banyak cerita hendak dikongsikan..=) secara peribadinya,saya dapat mengenali mereka dgn lebih rapat..dan bila melihat mereka,terasa sangat sayang...membuatkan saya mengenangkan adik2 saya...

 3rd day...
Qiamulail seperti biasa.. tapi mulanya lmbt sikit drpd semalam..dlm jam5.30pg. Apapun,alhamdulillah..adik2 peserta senang untuk dikejutkan. Subhanallah... memang benarlah kata pepatah,lenturlah buluh dari rebungnya.Mudah2an qiamulail ini akan menjadi kebiasaan wat adik2 juga tuk kakak2 & abg2 faci...
Selepas solat subuh,kuliah subuh menyusul..kali ini,saudara Imad yg kendalikannya. Tajuknya ialah keutamaan menuntut ilmu.Sememangnya,apa yg cuba dibawakan oleh saudara Imad adlh menarik namun disebabkan penggunaan bahasa yg agak tinggi menyebabkan adik2 susah untuk memahaminya. Alhasil,adik2 kurang memberi perhatian. Tapi xmengapa...next time,boleh wat terbaik lg. Cubaan ni pn dah cukup bagus.
Disebabkan hujan yg berterusan,senaman pagi  digantikan dgn amali solat. 1 senaman jugak kan?dpt jugak lihat macam mana adik2 melakukan solat.


Seterusnya,aktiviti explorace...alhamdulillah,hujan berhenti. Jadinya,dptlah dilaksanakan explorace diluar. Sepanjang activity ini,setiap group diamanahkan sebiji telur & bawang. Jika 2 barang amanah ini hilang atau musnah,ia dianggap kalah. Faci2 pula perlu bertungkus lumus untuk mengelirukan peserta..memang mandi peluh lah...=) end of game..group 5 menang...excellentlah dik!!


After minum pagi,kami bersiap untuk majlis penutupan kem Ibadah..sedih pulak rasanya. Dah nak habis dah...Sebelum ia diteruskan,adik2 diminta menyanyikan lagu tema iaitu Marilah Beramal..subhanallah...memang mengkagumkan...tanpa music,adik2 nyanyi lg best. Kemudian,adik2 juga diminta untuk merumuskan apa yg mereka dpt sepanjang program. Sesi ini,dikendalikan oleh saudara Zamri. Alhamdulillah..kelihatan objektif tu sampai...


Akhirnya,tibalah ke majlis perasmian penutupan oleh Pengerusi Surau,En Rasyidi dan diteruskan dgn penyampaian hadiah serta sijil untuk peserta.





Peserta lelaki terbaik..Firdaus

                                  Peserta perempuan terbaik...
                                    Raudhatun Najah





Keseluruhannya,program ini adlh yg terbaik. Meskipun ini kali pertama saya melibatkan diri,namun ia membuatkan saya untuk terus berbakti dan berbakti...ada motivasi di sebalik program ini.Memang terdapat beberapa kelemahan..tapi itu bukan alasan untuk saya berundur..kelemahan itu mengajar saya untuk buat yg terbaik pada masa akan dtg. InsyaAllah... Sekalung ucapan terima kasih yg tdk terhingga buat pihak penganjur..yg turut bertungkus lumus menjayakannya serta menjemput kami di daerah yg terpilih ini.. Sesungguhnya dakwah 
& tarbiyah di sana sgt berjalan..sehingga melahirkan generasi yg sangat baik..Teruskan usaha dlm mendidik diri kita,keluarga & ummah ke arah kecemerlangan dunia & akhirat..



 PERHATIANN!!!!!
"Kami sayang Allah & Rasulullah"

Carilah..

Allah masih beri peluang pada diri ini..alhamdulillah..

Sesungguhnya,terlalu byk nikmat yg diberikan oleh-Nya yg mana kita seringkali lupa dan mungkin juga terlepas pandang atau tidak sedar akan keberadaannya. Maha Suci Allah..tidak terhitung oleh pemikiran kita betapa banyaknya nikmat yg diberikan olehNya kpd hambaNya meskipun hambaNya ini sering melupakanMu.

Bila bicara soal nikmat..minda saya terus tertumpu pada konsep memberi. Slogan kata 'HIDUP MESTI MEMBERI' sudah begitu sinonim dgn kita. Tahniah & terima kasih kepada mereka yg mengingatkan tentang konsep memberi ini. Moga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian. Ameen. 

Sebenarnya, konsep memberi ini berada dlm skop yg sangat luas. Memberi bukan semata pada harta.. Memberi boleh jadi dgn pertolongan, nasihat, kata2 yg baik dan juga ilmu. Apa yg ingin saya tekankan ialah..untuk MEMBERI kita mesti MEMILIKI. Dan untuk memiliki kita mesti MENCARI. As a student, mungkin memberi melalui harta adalah sesuatu yg agak sukar namun tidak salah kiranya jika kita cuba memberi melalui ilmu,nasihat dan pertolongan.

Jadi,untuk kita terus memberi maka kita perlu ada apa yg ingin diberikan. Contohnya,ilmu..untuk kita berkongsi ilmu pengetahuan kepada org lain maka wajiblah kita mempunyai ilmu tersebut supaya apa yg ingin kita berikan adlah bersumberkan nas2 yg haq. Namun begitu, kita tdk mampu untuk memiliki ilmu tersebut jika kita tidak mencarinya.

Oleh itu..same2lah kita terus mencari untuk memberi. =)

Terus melangkah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya menguruskan blog ini. Saya kurang pasti dgn blog sebelum ini,barangkali disebabkan lama x update,jadinya ia terminate dgn sendirinya..Namun,ia tdk melunturkan semangat saya untuk terus berkongsi sedaya yg mampu saya kongsikan kerana memberi adalah satu kemanisan yg sukar ditafsirkan.

Oleh demikian, hasil tulisan sebelum2 ini saya muatkan juga di blog ini untuk perkongsian & peringatan bersama.Sebarang kekurangan mahupun kesalahan mohon diampunkan & diperbetulkan. InsyaAllah, hidup saling ingat mengingati akan mengarahkan kita untuk menjadi hambaNya yg terbaik...=)

Jalan Mujahadah1

Saat ku bertafakur..
Merenung diri..mencari sebuah jawapan,secebis harapan
Terkenang saat2 yg dilalui sepanjang musafir ini
Ada manis & pahitnya...ada juga kekeliruan bermain di mindaku..
ada juga badai & taufan melanda tasik hatiku..
Hatiku terus tertanya2..terus bertanya..
Seringkali diri ditanya..mengapa & kenapa..
Seringkali diri dijadikan bahan experiment
Tapi ku biarkan ..
Seseorang pernah berkata.."teruskan memberi..biarpun diri dieksploitasi"
Tapi aku seorang hamba,ciptaan yg amat lemah
Tidak terdaya...
Adakalanya rasa hampir putus asa
Tidak terdaya melawan..
Begitu hina mata dunia melihatku..penuh sinis..
Apa salahku wahai manusia..
Begitu bezanya aku dibandingkan dgn mereka yg lain..

Inilah jln mujahadah..
Tidak pernah sepi dgn ujian
Ingin ku tinggalkannya..bermakna ku pergi menemui azab
Jalan ini jalan pilihanku..
Jalan aku untuk meraih cinta Yang Maha Esa
Jalan aku untuk mencapai mardhotillah..



Slaughtering Course

Tanggal 16 Januari 2010...saughtering course diadakan di bawah anjuran SCIENCESS UIA Kuantan. Alhamdulillah..Allah permudahkan sgl urusan sy untuk mengikuti program ini. Pada sesi paginya, semua peserta didedahkan dgn teori berkenaan tentang penyembelihan. Antaranya dinyatakan rukun2 menyembelih,sunat2 menyembelih,cara2 menyembelih... Selain drpd itu diterangkan juga konsep halal & haram dlm pemakanan. Ini adlh 1 bonus buat saya & rakan2 biotech yg lain krn kursus ini berkaitan dgn subjek kami sem ini iaitu Halal & Haram in Food Ingredients.
Selepas rehat dlm tempoh setengah jam, semua peserta bergerak ke tempat praktikal penyembelihan. Mula2 dijalankan penyembelihan terhadap kambing. Penyembelihan ini dilakukan sendiri oleh president SCIENCESS dgn dibantu oleh peserta2 lelaki yg lain. Ini kali pertama saya melihatnya sendiri. Tidak sama nikmatnya menonton di tv. Semacam ada 1 rasa timbul pada diri.
Kemudian, agenda diteruskan dgn penyembelihan ayam. Rasa seronok melihat semua peserta bersungguh2 menyembelih ayam. Macam2 reaksi..macam2 ragam... Pada mulanya, saya sendiri  takut untuk menyembelih. Rasa x yakin tuk lakukannya.. Last minute,sy tukar fikiran untuk mencubanya..atas sebab rasa ingin tahu..untuk belajar... Bukan senang untuk mendapatkan peluang ini. Dgn bantuan aienun dan juga shbt2 lain serta ustaz,saya berjaya juga meyembelih seekor ayam. Subhanallah..walhamdulillah..wa lailahaillah wallahu akbar..

Moga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yg terlibat... sama2 lah kita menghargai ilmu & pengalaman yg kita perolehi sepanjang kursus. Mudah2an dpt kita praktikkan dlm kehidupan seharian kita. InsyaAllah.

Kata2 Imam Ghazali..
Bersyukurlah kpd Allah SWT sekurang2nya pada 4 perkara:
1)Kita dijadikan oleh Allah sbg makhluk.
2)Kita dijadikan oleh Allah sbg manusia.
3)Kita dijadikan oleh Allah sbg manusia sempurna.
4)Kita dijadikan oleh Allah sbg umat Muhammad SAW  yg diberikan nikmat Iman & Islam.

Moga kita menjadi antara hamba2Nya yg bersyukur...ameen..



Berhibur..beramal..berukhwah..berdakwah..

Konsert Amal Tabung Sinar Peduli...yg berlangsung 2hb Januari yg lalu. Ia merupakan salah 1 program di bawah CamPro. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Antara artis yg turut menjayakan ialah Azhan (Juara Akademi Nasyid),Aiman (naib juara Akademi Nasyid),Irsyadi & Muslim Voice. Hasil jualan kutipan tiket ini akan disalurkan kpd mangsa gempa bumi di Padang & juga mangsa2 banjir di Malaysia.

Apa yg boleh dikatakan tentang konsert ini ialah..sambil berhibur..kita beramal. Bagi mereka yg bijak mengambil kesempatan..sambil berhibur...sambil beramal..ukhwah dirapatkan,dakwah disebarkan.
Sesungguhnya..."berhibur tidak salahnya.Kerna hiburan itu indah.Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah."

Semakin meniti usia ini,semakin jelas sy melihat kehidupan ini. Kita semua saling melengkapi.Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya.Yg baik jadikan pelajaran & yg buruk jadikan sempadan. Selama ini,kita sering meletakkan sesuatu itu di tempat yg slah. Jika ikut definisinya..ia bermaksud zalim. Na'uzubillah.. moga hari ke hari kita semua menjadi hambaNya,umat Rasulullah saw,anak,kakak,adik,sahabat,pelajar,suami,isteri...yg terbaik.
Simply, be a good person! InsyaAllah...

Ingatan bersama...berbuatlah..berubahlah..biar sedikit tetapi istiqamah.
Sabda Rasulullah saw, "Seafdhal amalan itu ialah berterusan sekalipun sedikit".

Workshop... pembuka 2010..

Alhamdulillah...tirai 2010 dibuka dgn menghadiri 'Rebranding Dakwah Workshop',yg merupakan salah 1 program under CamPro. Rasa bersyukur sangat2 kerana menjadi insan terpilih untuk mengikuti program ini. Program yg dijalankan selama 2 hari (2-3 Januari) ini,walaupun singkat tp sgt2 memberi kesan pd dri.Mudah2an bila hati terkesan,istiqamah pn berkesan..insyaAllah.Hari pertama,workshop was conducted by Mr Amin Idris..senior kami rupanya...ambil perundangan. Skrg,beliau meneruskan pengajian ke peringkat PhD kalau x salah sy.His session memang menarik.Takde siapa yg tidur.=) Sememangnya efektif caranya menyampaikan hmm...barangkali boleh dikatakan talk..silih berganti video,gambar,nyanyian... Bukan sebarang nyanyian..nyanyian dari Mr Amin sendiri.His voice pn memang best.He is the best singer..=) Awal2 lagi...beliau sudah mengajak semua peserta berfikir.1st activity,ice breaking..semua peserta terlibat.Mahu x terkejut saya.Semua peserta perlu membina 1 ayat by referring to the alphabet and situation given.Memang riuh..macam2 gelagat & respon boleh dilihat.From this actvity,saya makin bersemangat untuk meneruskan workshop ini.Isi daripada his session adlh more to how to make dakwah is effective..yg bersesuaian dgn situasi & masa skrg. Ia bkn bermaksud perlu ubah totally dakwah itu tetapi kita perlu rebrand cara pendekatan dakwah.Namun prinsip dakwah itu tetap dikekalkan.Boleh dikatakan dakwah kontemporari..tp his session focus on communication skill.Sesi pagi kami didedahkan dgn teori sambil diri terus menerus diajak berfikir..permasalahan dakwah dibincangkan,prinsip magnet diri diketengahkan,konsep 'topi pelbagai',mengenal diri,teknik komunikasi dan byk lagi.sesi petang pula,kami diberi tugas by group untuk melakonkan cara2 berdakwah kpd golongan2 yg diberi.Memang praktikal.

Saya berminat tuk berkongsi di sini antara kata2nya...
   *Jangan fokus pada kelemahan diri.Tapi fokus pada kelebihan diri.Setiap orang ada kelebihan yg tersendiri.
   *Tindakan kita bergantung kepada pemikiran kita,akal kita.
   *Untuk mengubah diri..gambarkan apa kita nak jadi.
     ALAD-Anda Lihat Anda Dapat
   *Potensi adalah permulaan..ia umpama benih yg perlu disiram.
   *Dakwah adalah seni..how to make friend?

Byk lagi sebenarnya..InsyaAllah..saya akan selitkan butir2 ilmu itu dlm next2 post.

Hari kedua..Mr Shah Kirit pula menyumbangkan ilmunya. Beliau merupakan seorg mualaf yg telah memeluk Islam sejak 13thun yg lalu.Keaktifannya dlm berdakwah amat saya kagumi.Adakalanya rasa malu bila melihat seorang mualaf mampu berbakti untuk Islam lebih dari org Islam itu sendiri.Saya pernah terdengar seseorg berkata.."saya bersyukur kerana dikenalkan dgn Islam terlebih dahulu sebelum saya kenal umat islam itu". Itulah realitinya.. sama2lah renung2kannya.

Dlm sesi bersama Mr Shah Kirit,topik perbincangan utama adlah bagaimana caranya berdakwah dgn non-muslim.. Bg saya sangat mencabar. Dgn saudara2 seagama pn susah tuk kita mendekati apatah lagi yg tidak sefikrah dgn kita.Apa2 pn..itu bknla alasan..di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Tepuk dada tanya iman.=) Antara perbincangan bersamanya..mendedahkan punca2 salah faham non muslim terhadap Islam,teknik2 menjawab pertanyaan non muslim,isu2 yg kerap menjadi tanda tanya non muslim,mengenal agama2 lain..dan sebagainya.Untuk teknik2 menjawab pertanyaan non muslim itu boleh di apply juga pada muslim itu sendiri kerana ada segelintir muslim masih tidak yakin dgn Islam itu sendiri.Rasa sedih sekali..pada masa yg sama,kasihan pada mereka kerana tidak bertemu kebenaran dlm agamanya. Semoga kita semua dilindungi dari perkara tersebut & sama2 melindungi merka yg mengalami perkara tersebut.
Apa yg menarik dlm sesi ini..kami semua belajar bagaimana menjawab persoalan drpd non muslim.Drpd jawapan yg kami peroleh membuat dri kami bertambah yakin dgn Islam & mudah2an kelak dpt meyakini mereka di luar sana.InsyaAllah.Selain daripada itu,kami dpt mempelajari bagaimana isi agama2 lain..memang pelbagai.Terlalu byk untuk dikongsikan..insyaAllah..saya akan usahakn pd next2 post.Cuma ingatan bersama melaui kata2 dari Mr Shah Kirit...

       "Sambil membetulkan umat Islam,pada masa yg sama berdakwah kepada org bukan Islam"

Wallahu'alam.






Ajaib...mistik...

Macam2 cerita keajaiban hangat diperkatakan sekarang...kaki bayi di Rusia ada kalimah Allah..kondisi sejadah sedang solat.. Semua itu menunjukkan kebesaran Allah. Mungkin itu bicara Allah pada umat manusia. Terserah kepada manusia bagaimana memahaminya & menilainya.


Sesungguhnya Tuhan berbicara dgn manusia melalui 3 cara iaitu:1)melalui ayat maqruah(ayat al-Qur'an) yg mengandungi syariatullah.2)ayat manzurah(kejadian & penciptaan alam nyata) yg mengandungi hukum sunnatullah.3)ayyamullah(hari2 Allah) yakni kejadian & peristiwa yg memaparkan Qada & Qadar-Nya.

Apa yg kita saksikan tentang keajaiban itu termasuk dlm hari2 Allah...membawa fikiran kita untuk merenung tentang kebesaran Allah..membawa hati kita untuk zikir pada Allah..mengambil pengajaran & hikmah dri kejadian tersebut. Namun ramai yg terlupa...rasa kagum & takjub melebihi segala rasa.. Waspadalah wahai manusia..apa yg terjadi ada teori & praktikalnya. Di era 60an seorg ibu mendakwa kandungannya boleh membaca al-Qur'an. Ketika itu,bangganya umat Islam... Tetapi sedarlah...sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya,rahsia terbongkar.Rupa2nya si ibu menyembunyikan kaset di perutnya. Apa yg sy cuba ungkapkan di sini bukanlah mempertikaikan apa sja keajaiban yg berlaku...tetapi jgn terlalu taksub. Apa yg penting fikir & zikir serta ambil hikmah pd kejadian itu.
Dlm sibuk dgn cerita2 keajaiban itu, berbeza pula suasana di kampung saya. Cerita mistik menyelubungi hati & fikiran penduduk setempat. Pada mulanya, saya turut mendengar bunyi hilaian..bunyi mcm hantu di tv 2..Tapi hakikatnya hanya mainan bunyi drpd remaja2 setelah saya,mak & adik selidiki di luar rumah. Pada ketika itu,jam 1 pagi. Tambahan lg, slh seorg drpd mereka mengaku melakukn perkara sedemikian. Namun hari demi hari pelbagai intonasi cerita yg saya dengar..berkaitan dgn cerita2 aneh ini. Saya tdk pasti sejauh mana kebenarannya sebab saya tidur awal. Menurut kata jiran2, jam 3 pagi kedengaran bunyi hilaian, bunyi baby menangis, bunyi org berjalan...tapi bila slh seorg jiran keluar tuk memastikannya,tiada apa2 pn di luar rmh.Kajadian sebegini telah mengundang pelbagai tanggapan oleh penduduk kampung. Mereka kuat mengatakan semua ini terjadi kerana kita telah mengganggu tempat tinggal 'makhluk' itu yakni dgn merobohkan klinik lama berdekatan. Ada juga yg mengatakan,ia terjadi kerana 'mereka' mengikut tingkah laku yg dipermainkan oleh remaja2 sebelum ini.Wallahu'alam..hanya Allah yg mengetahui sebenar2nya.

Saya x berani menyatakan sebarang hipotesis terhadap apa berlaku.. apa yg boleh saya katakan,semuanya ada hikmah yg tersembunyi. Sebagai hambaNya yg lemah,seharusnya kita memohon pertunjuk pdNya & meletakkan sepenuh keyakinan kpdNya. Peristiwa keajaiban & mistik ada pro & cons nya. Jangan cepat melatah dgn apa yg terjadi. Yang baik jadikan teladan & buruk jadikan sempadan.

Moga kita semua dilindungi Allah.. 

About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends