Mendidik Diri

"UNTUK TAHU...BELAJAR. UNTUK MAHU...MUJAHADAH. UNTUK  MAMPU...LATIH"

Ungkapan di atas sangat bermakna buat diri. Ringkas,padat dan tepat. Kata2 yg saya ambil drpd Ust Pahrol Juoi ini sememangnya berpadanan sekali dan sesuai dijadikan kunci kpd proses penghijrahan seseorang. Sesungguhnya,proses pembelajaran untuk mengetahui sesuatu maklumat atau ilmu itu agak mudah...lebih2 lagi dlm era dunia tanpa sempadan kini maklumat mudah diperolehi menerusi jaringan internet. Namun,bila kita berpindah ke proses mujahadah dan latihan untuk kita mampu mangamalkannya dan seterusnya menjadi tabiat kita seharian,ianya memang payah..Seringkali jatuh tersungkur. Tetapi,selagi ada kesungguhan yg berterusan, InsyaAllah,Allah akn permudahkan segalanya. Mohonlah doa padaNYA Yang Esa supaya mujahadah kita berakhir dgn kejayaan.


Berminat untuk berkongsi agenda cuti yang lalu. Hampir sebulan menghabiskan cuti di rumah.Agenda cuti lebih kepada ingin berbakti kpd mak dan ayah serta bersama2 keluarga dlm usaha memperbaiki diri. Sesungguhnya sebaik2 perancang adalah Allah Yang Esa. Beberapa hari kemudian,saya telah diberi amanah untuk menjaga & juga mendidik sepupu2 yg stiap drpdnya berumur 10 tahun,9 tahun dan 4 tahun.Perkataan 'amanah' drpd sang ayah benar2 menggetarkan hati saya.

Usaha mendidik sebenarnya membuatkan saya sacara langsung terdidik.

Menjaga mereka mungkin mudah namun untuk mendidik ianya perlu kreatif dan bijaksana. Lebih2 lagi mengendalikan anak2 seusia ini. Stiap hari pelbagai rencana perlu disusun supaya mereka sekurang2nya dpt sedikit input berkenaan dgn putaran hidup ini.Slot bercerita menjadi tarikan mereka..lebih2 lagi berkenaan dgn  kisah para anbiya',kisah syurga dan neraka,hari akhirat.. Alhamdulillah...mereka mudah menerima,mudah mempelajari dan mudah pula mengamalkannya...Memg benarlah..lentur buluh biarlah drpd rebungnya. Seusia inilah pendidikan perlu diterapkan dlm diri anak2 kerana mereka mudah mengikutinya tanpa byk mempersoalkannya. Hati masih terang.

Perancangan drpd Allah Yang Maha Mengetahui ini adalah bonus pada saya. Saya dpt mempelajari sesuatu yg xdpt saya perolehi dlm sesi pembelajaran formal...cara mendidik anak2,kepelbagaian dlm mendidik,memahami anak2,sabar,pengurusan masa dan seangkatan dgnnya.Sesungguhnya,Allah beri apa yg saya perlu.Kesyukuran yg tdk terhingga buat Tuhan Yang Menciptakan diri membenarkan saya merasai nikmat ini. Moga nikmat ini menjadikan saya hambaNya yg lebih baik dan mohon perlindunganNYA drpd menjadi fitnah kpd agama saya sendiri..

About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends