Dr Ibrahim Shogar,lecturer Philosophy of Science selalu berkata..."no opinion is wrong"...
PENDAPAT...kemenangan Vs kebenaran??
MUSAFIR 1...
Alhamdulillah...tiada seindah ungkapan dpt ku ucapkan melainkan rasa syukur yg terbit di hati..
Moga diri ini sentiasa berada dlm golongan hambaNya yg bersyukur..begitu juga sekalian hambaNya yg lain..
Lebih berminat untuk bercerita tntang pengembaraan hari ini. Walaupun pd mata kasarnya tampak simple tp hakikatnya pada diri ini ia sangat bermakna & byk ku peroleh pd hari ini. Bukan bermakna hari2 sebelum adalah sia2 Sesungguhnya tiada apa kejadian yg sia2 melainkan tersembunyi hikmah yg cukup indah.. cumanya keinginan untuk bercakap "ada apa pd hari ini" terasa begitu membuak2... moga Allah pimpin hati ini untuk berkata2..
Hari ini,paper pertama saya untuk final exam telah bermula..subjek Protein Biotech. Alhamdulillah.. hakikatnya lebih byk pertolongan Allah berbanding usaha kecil saya itu. Terima kasih ya Allah.. Bercerita tentang exam, seringkali saya mengingatkan diri tentang tujuan sebenar menuntut ilmu. Memang mudah bibir mengatakan tuntutlah ilmu kerana Allah..tuntutlah ilmu kerana ilmu itu.. bukan kerna exam,bukan sebab mahukan pekerjaan yg terbaik kelak..atau sewaktu dgnnya..pelbagai jawapan... Bagi saya,bicara semua itu tiada nokhtahnya..
Namun, pernah kah terlintas di fikiran kita,bertanya pada diri......apakah sebenar tujuanku menuntut ilmu?jika benar kerana Allah..semata2 mencari redhaNya maka tetapkanlah ia. Walau bagaimana pun, pasti ada bisikan 'nakal' yg menembusi hati kita. Contohnya, menjelang exam,pasti semuanya berlumba2 belajar,belajar,belajar dan berlajar..kerna bimbang dengan exam.Begitu terperinci persiapan dibuat. Serba lengkap. Memang bagus caranya..apa2 hasilnya,usaha perlu dibuat namun hati2..supaya tidak silap perhitungan. Di sinilah perlunya kita sentiasa memperbaiki hati..supaya niat itu telus,suci seperti mana asal kejadian kita..
Bila melihat situasi ini,subhanallah...manusia begitu berusaha untuk mempersiapkan diri dgn exam mereka. Alangkah baiknya jika persiapan sebegini juga dibuat untuk menghadapi "exam2" kehidupan ini juga "exam" di kubur nanti...
Hari ini juga..ditakdirkan bersembang dgn seorang sahabat...sahabat yg istimewa. Sembang kami lebih kepada diskusi. bentuk sembang yg sgt saya sukai. Penuh dgn bahan ilmiah,unsur pengajaran & nasihat. Walaupun santai..insyaAllah input dirasai bersama. Sememangnya,kaedah yg santai lebih disukai oleh kebanyakkan org.
Satu nasihatnya yg x mungkin saya lupa.."kena tahu isu semasa..terutamanya yg melibatkan agama kita.."
Gara2 gagal memberi respon terhadap isu yg dibincangkan lantas dia mengingatkan saya. Terima kasih wahai sahabat..kerana masih sudi mengingatkan saya..
Ingat,jgn jadikan masa sebagai alsan untuk tidak sempat mengambil tahu tntg isu2 semasa .. selagi kita ada masa untuk bergelak tawa..maka, masih ada masa..jgn biarkan ia berlalu begitu saja.
Malamnya,saya dikejutkan dgn 1 mesej..mesej berkenaan dgn wanita...renungkanlah..
Jalan Pulangku
Berlapang dada lah....
Alhamdulillah... masih lagi merasai nikmat Islam & Iman ini..masih lg diri ini diberi peluang untuk terus berusaha menjadi hambaNya yg terbaik. Moga nikmat ini,kita semua rebut dan hargai..saling ingat-mengingatilah antara kita.InsyaAllah,tiada kata untuk golongan tercicir..
Kali ini, hati ini tertarik untuk berbicara soal konsep berlapang dada. Konsep yg mudah dituturkan oleh kata. Namun,bila mana situasi minta mempraktikkannya..ternyata sukar sekali. Pernahkah kita terfikir, kenapa agaknya ianya sesuatu yg susah untuk kita aplikasikan dlm hidup kita?
Mari kita sama2 renungkan dan cuba mencari solusi kepada pergolakan ini...
Berlapang dada bermakna dgn senang hati menerima segala ketentuanNya. Secara amnya, apa sahaja yg berlaku pada diri kita, sama ada yg gembira mahupun sebaliknya, kita sahut & terima dgn hati yg terbuka.. Saya yakin,apa yg menggembirakan pasti dpt ditangani dgn hati terbuka..tetapi,perlu berhati2..supaya tidak sampai lupa diri.Almaklumlah, gembira keterlaluan selalu buat hati lupa akn semuanya.. Berbeza pula dgn keadaan sebaliknya. Kita sering meletakkan diri di tempat yg sgt jauh..susah untuk menerima sesuatu yg bukan kita inginkan.Segala perasaan bercampur baur...sedih,marah,kecewa.. Tidak salahnya jika memiliki perasaan tersebut kerana sebagai manusia biasa ia sudah menjadi fitrah kita. Cumanya, ia menjadi salah jika ia menjadikan seseorang itu langsung tidak boleh menerima setiap kejadian yg berlaku.
Apabila kita menghadapi situasi gagal dlm peperiksaan, masalah keluarga...simply,apabila kita gagal untuk dapat seperti yg kita kehendaki..pasti begitu payah untuk kita berlapang dada aknnya...Begitu payah untuk kita keluar drpd lingkungan perasaan kegagalan itu..sgt susah dirasakannya...
Sedarlah wahai sekalian hati...
Di sinilah perlunya rasa qanaah dlm kehidupan kita..berpuas hati dgn segalanya..rasa syukur pada ketentuan yg ditetapkanNya.. Suburkanlah dlm jiwa kita..sesungguhnya Allah beri apa yg kita perlu. Pasti sekalian hati pernah terbaca sentuhan kalimah kasih drpdNYA....
"..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al-baqarah:216)
Ingatlah,Allah itu Pencipta kita. Sudah tentu Dia mengetahui apa yg terbaik buat para ciptaanNYA.Sungguh,Dia sama sekali tidak akn menyia2kan ciptaanNYA. Bahkan,Dia sgt kasih pada ciptaanNYA.Tidakkah kita merasainya..
Wahai hati..
Berusahalah kita untuk membuang segala kata2 negatif yg wujud pada pemikiran kita. Hapuskan segala2 yg boleh membuat dirimu rasa x tertanggung...jgn bicara soal MASALAH..tp bicaralah soal UJIAN.Sesungguhnya ujian itu nikmat. Dan tentunya nikmat adlh sesuatu yg kita sukai. Ujian itu tanda pantauan daripada Allah. Dan pantauan Allah itu adlh tanda kasihNYA kpd kita. Masih tdk cukupkah semua itu..bukankah KasihNYA yg kita inginkan?
Hati-hati yg tulus...
Sentiasalah berusaha serasikan tadbir & takdir. InsyaAllah,dirimu akan redha dgn apa yg berlaku..dgn apa saja yg mendatang.Di sinilah Allah mendidik kita supaya bertawakal..menyerahkan segala kepada Dia yg Maha Kuasa selepas kita berusaha. Jangan cepat melatah..usaha perlu diteruskan..namun ingat,sebaik2 perancang adalah Allah. Lantaran itu, iringilah usaha itu dgn doa yg tulus..dan seterusnya bertawakallah. InsyaAllah..
Sama2lah kita berusaha untuk mendidik diri menjadi insan yg lebih baik..ingat mengingati lah kita ke arah kebaikan. Pohon ampun atas segala kekurangan...sesungguhnya,kata2 yg terbit drpd diri ini pasti akan diuji..sentiasalah bersiap sedia untuk tidak bersedia!!
Ya Allah..berkatilah kami semua...
Kem Ibadah
Dgn izinNya, kem ibadah di Surau Muttaqin,Taman Mahkota Idaman,IM14 selesai dgn lancarnya..alhamdulillah.Sesungguhnya,kem yg berlansung selama 3 hari 2 malam ini yakni dari 12hb-14hb Mac 2010 sangat memberi kesan pada diri saya khususnya.
Pada mulanya,saya sangat bimbang untuk mengendalikan program ini memandangkan ianya 1 permulaan buat diri saya.Memang banyak dugaan & cabaran yg berlaku sebelum program bermula..dugaan pengurusan,kesihatan,pencarian facilatator dan sewaktu dgnnya.Ada masanya kami hingga terfikir mungkin Allah tak izinkan..namun salah seorang sahabat mencelah..mungkin juga ini semua adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesungguhan kami semua untuk mengendalikan program ini. Hmm...
1st day...
Seperti biasa..sesi pendaftaran bermula. Kebetulan saya terlibat untuk menguruskannya bersama Farida. Alhasil...jumlah peserta keseluruhannya adlh 77 org. 30 peserta perempuan dan selebihnya merupakan peserta lelaki..Jumlah yg agak besar...tambahan pula terdiri dari pelbagai lapisan umur..dari umur 7 tahun hingga je 17 tahun..dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Ini bukan calang2 tugasan...ia merupakan tugasan yg besar buat saya dan rakan2 yang lain.
Program kem ibadah ini bermula dgn solat asar berjemaah..seterusnya pihak penganjur memperkenalkan barisan AJK surau di kediaman tersebut.Selepasnya pula,saya dan rakan2 faci memperkenalkan diri kepada adik2 peserta kem tersebut.Macam2 ragam dapat dilihat.Pertanyaan daripada adik2 pun bukan sebarang soalan..di luar jangkaan belaka. =) bila diminta meneka umur,ada yg mengatakan umur 19tahun..terasa muda seketika...=p Macam2 adik2 ni..
At the same time,kami meneruskan pembahagian kumpulan yg berdasarkan games tertentu.. Ia bukan sekadar seronok2 sj tapi ia juga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara peserta sambil berkenal2an.
Selepas maghrib,kuliah maghrib yg dikendalikan oleh saudara Fakhrurrazi diteruskan. Kuliah tersebut berkisar kepada konsep taaruf,perkenalan. Sesungguhnya,bukan mudah untuk menyampaikan kuliah yg dihadiri oleh pelbagai lapisan umur ini.Ianya sangat2 menguji kesabaran di jiwa. Namun,alhamdulillah..saudara Fakhrurrazi bijak mengendalikannya.. Apa yg menarik dalam penyampaiannya ialah PS3..Apa itu PS3?P-prihatin,3S-salam,senyum,sayang.Kemudian,LDK1 bermula. Semua peserta duduk mengikut kumpulan.Saya ditakdirkan untuk conduct group 5...adik Aqila,Hidayatul Husna,Amirah,Damira Syafiqa,Shahira & Khaleeda. Apa yg ingin diterapkan dlm LDK1 ini adlah pengenalan & komunikasi berkesan.
Carilah..
Allah masih beri peluang pada diri ini..alhamdulillah..

Jadi,untuk kita terus memberi maka kita perlu ada apa yg ingin diberikan. Contohnya,ilmu..untuk kita berkongsi ilmu pengetahuan kepada org lain maka wajiblah kita mempunyai ilmu tersebut supaya apa yg ingin kita berikan adlah bersumberkan nas2 yg haq. Namun begitu, kita tdk mampu untuk memiliki ilmu tersebut jika kita tidak mencarinya.
Oleh itu..same2lah kita terus mencari untuk memberi. =)
Terus melangkah
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jalan Mujahadah1
Slaughtering Course
Berhibur..beramal..berukhwah..berdakwah..
Workshop... pembuka 2010..

Ajaib...mistik...