Carilah..

Allah masih beri peluang pada diri ini..alhamdulillah..

Sesungguhnya,terlalu byk nikmat yg diberikan oleh-Nya yg mana kita seringkali lupa dan mungkin juga terlepas pandang atau tidak sedar akan keberadaannya. Maha Suci Allah..tidak terhitung oleh pemikiran kita betapa banyaknya nikmat yg diberikan olehNya kpd hambaNya meskipun hambaNya ini sering melupakanMu.

Bila bicara soal nikmat..minda saya terus tertumpu pada konsep memberi. Slogan kata 'HIDUP MESTI MEMBERI' sudah begitu sinonim dgn kita. Tahniah & terima kasih kepada mereka yg mengingatkan tentang konsep memberi ini. Moga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian. Ameen. 

Sebenarnya, konsep memberi ini berada dlm skop yg sangat luas. Memberi bukan semata pada harta.. Memberi boleh jadi dgn pertolongan, nasihat, kata2 yg baik dan juga ilmu. Apa yg ingin saya tekankan ialah..untuk MEMBERI kita mesti MEMILIKI. Dan untuk memiliki kita mesti MENCARI. As a student, mungkin memberi melalui harta adalah sesuatu yg agak sukar namun tidak salah kiranya jika kita cuba memberi melalui ilmu,nasihat dan pertolongan.

Jadi,untuk kita terus memberi maka kita perlu ada apa yg ingin diberikan. Contohnya,ilmu..untuk kita berkongsi ilmu pengetahuan kepada org lain maka wajiblah kita mempunyai ilmu tersebut supaya apa yg ingin kita berikan adlah bersumberkan nas2 yg haq. Namun begitu, kita tdk mampu untuk memiliki ilmu tersebut jika kita tidak mencarinya.

Oleh itu..same2lah kita terus mencari untuk memberi. =)

Terus melangkah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya menguruskan blog ini. Saya kurang pasti dgn blog sebelum ini,barangkali disebabkan lama x update,jadinya ia terminate dgn sendirinya..Namun,ia tdk melunturkan semangat saya untuk terus berkongsi sedaya yg mampu saya kongsikan kerana memberi adalah satu kemanisan yg sukar ditafsirkan.

Oleh demikian, hasil tulisan sebelum2 ini saya muatkan juga di blog ini untuk perkongsian & peringatan bersama.Sebarang kekurangan mahupun kesalahan mohon diampunkan & diperbetulkan. InsyaAllah, hidup saling ingat mengingati akan mengarahkan kita untuk menjadi hambaNya yg terbaik...=)

Jalan Mujahadah1

Saat ku bertafakur..
Merenung diri..mencari sebuah jawapan,secebis harapan
Terkenang saat2 yg dilalui sepanjang musafir ini
Ada manis & pahitnya...ada juga kekeliruan bermain di mindaku..
ada juga badai & taufan melanda tasik hatiku..
Hatiku terus tertanya2..terus bertanya..
Seringkali diri ditanya..mengapa & kenapa..
Seringkali diri dijadikan bahan experiment
Tapi ku biarkan ..
Seseorang pernah berkata.."teruskan memberi..biarpun diri dieksploitasi"
Tapi aku seorang hamba,ciptaan yg amat lemah
Tidak terdaya...
Adakalanya rasa hampir putus asa
Tidak terdaya melawan..
Begitu hina mata dunia melihatku..penuh sinis..
Apa salahku wahai manusia..
Begitu bezanya aku dibandingkan dgn mereka yg lain..

Inilah jln mujahadah..
Tidak pernah sepi dgn ujian
Ingin ku tinggalkannya..bermakna ku pergi menemui azab
Jalan ini jalan pilihanku..
Jalan aku untuk meraih cinta Yang Maha Esa
Jalan aku untuk mencapai mardhotillah..



About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends