Agenda Cuti..

Lama juga blog ini sepi daripada sebarang bicara... Bkn tiada bicara,tetapi terlalu byk bicaranya..hingga tidak tahu yg mana 1 perlu diturutinya..Moga ini bukan 1 alasan membiarkan laman hati sepi tapi ia adlh 1 jawapan merungkaikan kekalutan hati. InsyaAllah.


Hampir 3 minggu cuti semester berlalu...3 minggu jualah diri ini di rumah bersama keluarga tercinta.Tampak seperti menjalani kehidupan yg simple & biasa... Rutin harian biasa..& biasa...Namun bagiku, ianya penuh dgn cabaran..melaksanakannya perlu dgn cara yg luar biasa.

Sebelum cuti semester bermula..pelbagai agenda telah ku lakari di fikiranku..dan ku cuba untuk laksanakannya. Antaranya:

*Permantapan diri.
*Berbakti kapada ibu,ayah dan adik2..
*Lesen memandu
*Berbakti kepada masyarakat
*Aktiviti2 bersama sahabat2.
    Permantapan diri adalah proses membaik pulih diri ini sendiri. Seperti yg tercatat di Majalah Solusi Isu ke-3,ruangan mahir,begitulah diri ini cuba mempraktikkan dlm kehidupan diri ini yakni penguasaan ilmu pengetahuan am,ilmu agama,ilmu komputer,bidang kemahiran dan komunikasi.Jadinya,budaya membaca adalah menjadi kemestian dan usaha menyelidik juga menjadi keperluan. Ianya,bukanlah mudah tetapi bukanlah mustahil. Asalkan ada kemahuan,pasti ada mujahadahnya. =) 
    Begitu jua usaha yg berterusan wat diri ini untuk memperbaiki diri-imannya,hatinya,akhlaknya,pemikirannya..

    Berbakti kpd ibu bapa dan adik2 adlh menjadi tanggungjawab & amanah buat insan yg bergelar anak.Moga ruang & peluang ini dapat dipenuhi dgn sebaik mungkin.Begitu juga harapannya dgn berbakti kepada masyarakat.InsyaAllah..biiznillah..

    Aktiviti bersama sahabat2...adalah masa  untuk diri ini mengeratkan lagi ikatan persahabatan ini. Di samping itu, diri ini dpt meninjau keadaan sahabat2 sekarang. Mudah2an,ianya terlaksana.Ameen.

    Sesungguhnya,terlalu banyak yg ingin dikejar & dikecapi. Oleh itu,bersiap sedialah untuk mendisiplinkan diri..berlapang dada untuk  menghadapi hari2 mendatang..Ujian itu pasti...tapi pastikah kita berjaya menerima ujian itu?Renung2kan lah..=)
    Berbicara soal ujian..kita semua pasti menerima ujian. Tidak ada yg terkecuali. Cume bentuk ujian itu sahaja berbeza...mengikut kadar kemampuan kita.Jadinya...Kau dan Aku sama tapi Berbeza.











    0 comments:

    Post a Comment

    About this blog

    Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

    Calendar

    Friends