"UNTUK TAHU...BELAJAR. UNTUK MAHU...MUJAHADAH. UNTUK MAMPU...LATIH"
Ungkapan di atas sangat bermakna buat diri. Ringkas,padat dan tepat. Kata2 yg saya ambil drpd Ust Pahrol Juoi ini sememangnya berpadanan sekali dan sesuai dijadikan kunci kpd proses penghijrahan seseorang. Sesungguhnya,proses pembelajaran untuk mengetahui sesuatu maklumat atau ilmu itu agak mudah...lebih2 lagi dlm era dunia tanpa sempadan kini maklumat mudah diperolehi menerusi jaringan internet. Namun,bila kita berpindah ke proses mujahadah dan latihan untuk kita mampu mangamalkannya dan seterusnya menjadi tabiat kita seharian,ianya memang payah..Seringkali jatuh tersungkur. Tetapi,selagi ada kesungguhan yg berterusan, InsyaAllah,Allah akn permudahkan segalanya. Mohonlah doa padaNYA Yang Esa supaya mujahadah kita berakhir dgn kejayaan.
Berminat untuk berkongsi agenda cuti yang lalu. Hampir sebulan menghabiskan cuti di rumah.Agenda cuti lebih kepada ingin berbakti kpd mak dan ayah serta bersama2 keluarga dlm usaha memperbaiki diri. Sesungguhnya sebaik2 perancang adalah Allah Yang Esa. Beberapa hari kemudian,saya telah diberi amanah untuk menjaga & juga mendidik sepupu2 yg stiap drpdnya berumur 10 tahun,9 tahun dan 4 tahun.Perkataan 'amanah' drpd sang ayah benar2 menggetarkan hati saya.
Usaha mendidik sebenarnya membuatkan saya sacara langsung terdidik.
Menjaga mereka mungkin mudah namun untuk mendidik ianya perlu kreatif dan bijaksana. Lebih2 lagi mengendalikan anak2 seusia ini. Stiap hari pelbagai rencana perlu disusun supaya mereka sekurang2nya dpt sedikit input berkenaan dgn putaran hidup ini.Slot bercerita menjadi tarikan mereka..lebih2 lagi berkenaan dgn kisah para anbiya',kisah syurga dan neraka,hari akhirat.. Alhamdulillah...mereka mudah menerima,mudah mempelajari dan mudah pula mengamalkannya...Memg benarlah..lentur buluh biarlah drpd rebungnya. Seusia inilah pendidikan perlu diterapkan dlm diri anak2 kerana mereka mudah mengikutinya tanpa byk mempersoalkannya. Hati masih terang.
Perancangan drpd Allah Yang Maha Mengetahui ini adalah bonus pada saya. Saya dpt mempelajari sesuatu yg xdpt saya perolehi dlm sesi pembelajaran formal...cara mendidik anak2,kepelbagaian dlm mendidik,memahami anak2,sabar,pengurusan masa dan seangkatan dgnnya.Sesungguhnya,Allah beri apa yg saya perlu.Kesyukuran yg tdk terhingga buat Tuhan Yang Menciptakan diri membenarkan saya merasai nikmat ini. Moga nikmat ini menjadikan saya hambaNya yg lebih baik dan mohon perlindunganNYA drpd menjadi fitnah kpd agama saya sendiri..
Mendidik Diri
Surat Buat Hati...
USIA BARU..
Alhamdulillah...
Tiada ungkapan yg lebih indah melainkan rasa syukur yg tdk terhingga ats segala nikmatNYA.Begitu byk pemberianNYA pd diri ini...nikmat iman & Islam yg tentunya merupakn nikmat terbesar buat diriku.Nikmat kesihatan,ketenangan,ketenteraman,keinsafan,kebijaksanaan,kekuatan...hendakku senaraikan masih tidak cukup lagi.PemberianNYA dari sekecil2 hinggalah ke sebesar perkara.Begitulah Allah...sentiasa memberi meskipun hambaNYA ini masih ada melakukan kesalahan. PerintahNYA barangkali masih ada belum terlaksana.Ampunilah diri ini Ya Allah...
Tanggal 30 September..
Bertambah angka usia diriku..syukur krna berpeluang utk berada di usia ini.Tatkala ini,diri merenung jauh..apa yg telah dilakukan sepanjang usia yg diberi.Betapa malunya diri jika dibandingkn dgn Sultan Muhammad Al-Fateh ketika usia 19tahun sudah menaiki takhta kerajaan dan 2 tahun selepasnya, beliau giat mengkaji pelan Kota Constantinople serta menyusun gerak kerja utk menawan kota tersebut.
Moga nikmat umur yg diberi ini,diri ini dpt memanfaatknnya sebaik2nya.Terima kasih Ya Allah di ats ruang & peluang ini.
Harapan & doaku..
Moga Allah sentiasa memimpin setiap tindakan diri..Dgn kekuasaan Allah,moga diperkuatkn diri ini utk istiqamah di jln mujahadah ini.Impianku...adlh redha Allah.Jln mujahadahku..untuk berusaha menjadi hambaNYA yg lebih baik dari masa ke semasa,mengejar redha & cintaNYA yg murni & hakiki.
Kusedar..bertambahnya usia..bermakna bertambah dekatlah untuk menghampiri detik kematian yg telah ditetapkanNYA. Moga kematian kelak dlm husnul khatimah bersama nikmat syurga ketika di alam barzakh dan seterusnya menjd penghuni Syurga yg abadi. Ameen.
*Terima kasih buat semua sahabat2 yg sentiasa mendoakn kebaikan buat diri ini. Begitulah jua harapan diri..moga sahabat2 juga memperoleh umur yg diberkati,rezeki yg berkat,kejayaan & kebahagiaan yg cemerlang di dunia & akhirat.
Buat Hidayah,Nadia,roomates yg ceria..Aienun,Laila & Dilla dan x ketinggalan Amalina...
Terima kasih kerana membuatkan diri rasa gembira di hari yg penuh makna..
Wat nadia..stinggi rasa terima kasih kerana meluangkn masa bersama walaupun ketika itu adlh waktu2 kritikal.Wat roomates,u all memg the best! Sesungguhnya diri ini x mengharap untuk disambut sedemikian rupa..doa tulus kalian sudah memadai wat diri ini.Namun..setinggi2 penghargaan & terima kasih wat semuanya.Harapanku, sepertimana kalian berusaha membahagiakn insan lain,moga Allah jua memberikn kebahagiaan pd dirimu malah lebih dari itu. Moga ikatan ukhwah ini lebih utuh& indah hendaknya..dan kita semua mampu menghadapi keadaan ketika diuji dgn ikatan ini. InsyaAllah.
Jazakillahu khairan kathira...=)
KFC-makan2 kat ECM wif beloved
Nadia
From my roomates...=)


