USIA BARU..

Alhamdulillah...
Tiada ungkapan yg lebih indah melainkan rasa syukur yg tdk terhingga ats segala nikmatNYA.Begitu byk pemberianNYA pd diri ini...nikmat iman & Islam yg tentunya merupakn nikmat terbesar buat diriku.Nikmat kesihatan,ketenangan,ketenteraman,keinsafan,kebijaksanaan,kekuatan...hendakku senaraikan masih tidak cukup lagi.PemberianNYA dari sekecil2 hinggalah ke sebesar perkara.Begitulah Allah...sentiasa memberi meskipun hambaNYA ini masih ada melakukan kesalahan. PerintahNYA barangkali masih ada belum terlaksana.Ampunilah diri ini Ya Allah...

Tanggal 30 September..
Bertambah angka usia diriku..syukur krna berpeluang utk berada di usia ini.Tatkala ini,diri merenung jauh..apa yg telah dilakukan sepanjang usia yg diberi.Betapa malunya diri jika dibandingkn dgn Sultan Muhammad Al-Fateh ketika usia 19tahun sudah menaiki takhta kerajaan dan 2 tahun selepasnya, beliau giat mengkaji pelan Kota Constantinople serta menyusun gerak kerja utk menawan kota tersebut.
Moga nikmat umur yg diberi ini,diri ini dpt memanfaatknnya sebaik2nya.Terima kasih Ya Allah di ats ruang & peluang ini.

Harapan & doaku..
Moga Allah sentiasa memimpin setiap tindakan diri..Dgn kekuasaan Allah,moga diperkuatkn diri ini utk istiqamah di jln mujahadah ini.Impianku...adlh redha Allah.Jln mujahadahku..untuk berusaha menjadi hambaNYA yg lebih baik dari masa ke semasa,mengejar redha & cintaNYA yg murni & hakiki.
Kusedar..bertambahnya usia..bermakna bertambah dekatlah untuk menghampiri detik kematian yg telah ditetapkanNYA. Moga kematian kelak dlm husnul khatimah bersama nikmat syurga ketika di alam barzakh dan seterusnya menjd penghuni Syurga yg abadi. Ameen.

*Terima kasih buat semua sahabat2 yg sentiasa mendoakn kebaikan buat diri ini. Begitulah jua harapan diri..moga sahabat2 juga memperoleh umur yg diberkati,rezeki yg berkat,kejayaan & kebahagiaan yg cemerlang di dunia & akhirat.

Buat Hidayah,Nadia,roomates yg ceria..Aienun,Laila & Dilla dan x ketinggalan Amalina...
Terima kasih kerana membuatkan diri rasa gembira di hari yg penuh makna..
Wat nadia..stinggi rasa terima kasih kerana meluangkn masa bersama walaupun ketika itu adlh waktu2 kritikal.Wat roomates,u all memg the best! Sesungguhnya diri ini x mengharap untuk disambut sedemikian rupa..doa tulus kalian sudah memadai wat diri ini.Namun..setinggi2 penghargaan & terima kasih wat semuanya.Harapanku, sepertimana kalian berusaha membahagiakn insan lain,moga Allah jua memberikn kebahagiaan pd dirimu malah lebih dari itu. Moga ikatan ukhwah ini lebih utuh& indah hendaknya..dan kita semua mampu menghadapi keadaan ketika diuji dgn ikatan ini. InsyaAllah.

Jazakillahu khairan kathira...=)

Special cake from my lovely roomates and also from Amalina & Asimah.


                   KFC-makan2 kat ECM wif beloved
                   Nadia











From my roomates...=)

RAMADHAN

Sudah begitu lama laman ini terbiar tanpa sebarang kata..
Rindu..Hakikatnya byk yg ingin dikongsikan..byk yg ingin diceritakan..namun masih tidak kesampaian. Mudah2an blog ini terus hidup dgn kata2 yg indah & bermakna tuk semua. InsyaAllah..

Alhamdulillah..masih dikurniakan nikmat umur untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Sangat2 bersyukur masih menjadi antara bilangan tetamunya tuk kali ini. Namun,ianya hampir melabuhkan tirainya..semakin meninggalkan kita..Masihkan ada pluang kita tuk bertemunya pada tahun akn dtg?

Ramadhan..bulan keberkatan..bulan kerahmatan..bulan pengampunan..bulan latihan..bulan terbukanya pintu syurga..bulan berlumba membuat kebajikan..
Bagi mereka yg mendambakan hadirnya,ianya 1 kegembiraan..kebahagiaan.. Pastinya,disambut dgn penuh kesyukuran. Stiap inci tindakan,kata2,lintasan hati mahupun fikiran dijaganya dgn pernuh teliti...amalan2 & ibadahnya dimaksimumkan semampu yg boleh.Diri terus dilatih... luaran,dalaman,nafsu terus dididik. Harapan & doanya,moga latihan ini dpt dikekalkn dlm bulan2 yg lain..menjadi hambaNYA yg lebih baik.

Ramadhan...jalinan ukhwah sesama insan makin terikat rapi. Budaya sahur & iftar bersama..solat teraweh berjemaah..merapatkan lagi ikatan yg terbina,menyuburkan lagi kasih sayang. Malah,terjalin pula persaudaraan yg baru.Amalan sedekah melahirkan rasa syukur atas nikmat yg dikurniakan..ukhwah sekali lagi dirapatkan antara pemberi & penerima. Masjid2..surau2..indah kelihatan..bukan dek lampunya yg pelbagai..yg terang benderang..tetapi,indah dgn ramainya jemaah di sana.
Subhanallah..maha suci Allah yg Menciptakan Ramadhan dgn penuh indah..begitu byk kelebihannya.

Ramadhan..tidak kurang juga,masih ada insan2 yg beranggapan..ianya meletihkan,memenatkan.. Saat berbuka tiba, dihiasinya dgn pelbagai juadah yg adakalanya,melebihi kemampuan & keperluan diri. Alhasil,pembaziran berlaku sana sini. Pembaziran terus berlaku..dgn berlebih2an berbelanja untuk persiapan raya. Kanak2..diajar bermain bunga api & mercun. Hingga 1 masa,saat insan yg lain menangisi pemergian Ramadhan, mereka menangis akibat kecederaan disebabkan bermain mercun.
Jika begini halnya..mampukan objektif Ramadhan itu tercapai?adakah sekadar memperoleh lapar,dahaga & penat semata?

Mohon doanya..moga kita semua sentiasa dilindungiNYA & dipimpinNYA drpd perkara2 yg mendtgkan murkaNYA. Ameen. InsyaAllah.

Berminat untuk berkongsi 1 pandangan drpd Al-Khalil Bin Ahmad yg dipetik drpd buku Ringkasan Ihya' Ulumuddin,katanya:
" Manusia itu ada 4 jenis:
1) Ada orang yang tahu & ia tahu bahawa ia mengetahui, maka itulah org alim & ikutilah dia.
2) Ada orang yang tahu & ia tidak tahu bahawa ia mengetahui,maka itulah org yg tidur & bangunkanlah dia.
3) Ada orang yg tidak tahu & ia tahu bahawa ia tidak mengetahui,maka itulah org yg memerlukan bimbingan & ajarilah dia.
4) Ada orang yg tidak tahu & ia tidak tahu bahawa ia tidak mengetahui,maka itulah org yg bodoh & waspadalah terhadapnya."

Salam syawal..moga ia adalah sebenar2 kemenangan wat kita semua. InsyaAllah. =)
Mohon ampun atas segala kekhilafan diri.

Bermulanya sem baru...

Bermulanya sem baru...

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan tuk melaluinya..=)

UIAM Kuantan kini makin pesat membangun.Tersergam indahnya bgunan One Stop Center (OSC) meskipun masih dlm proses pembinaan..barangkali dlm fasa terakhir.Begitu juga masjid & bangunan2 yg lainnya.InsyaAllah,generasi mendatang dpt merasai segala kemudahan ini. Diriku?insyaAllah...berpeluang juga.=) 

Namun kukhuatiri....makin byk kemudahan,makin lupa diri setiap insan itu. Realitinya jelas sekali...Kesenangan membuatkan manusia lupa & leka...Manusia menjadi semakin manja. Ketika itu, masih adakah lafaz syukur terbit di hati?Moga kita semua dipimpinNya dengan petunjukNya. InsyaAllah..

3 bulan cuti semester yg lalu..merakamkan begitu byk saat suka & duka. Cuti yg agak lama itu membuatkan diriku terlupa no bilikku. Lucu bercampur malu...bila ditanya no bilik oleh kakak pengawal,diriku memberikan no bilik yg x pernah wujud di mahallah. Riak terkejut oleh kakak 2 membuatkan aku 2x ganda terkejut. Mujur Wani memulihkan keadaan...Syukran ya ukhti..=)


Langkah terus ku atur...moga sem kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Byk agenda telah ku susun. Moga tekadku terus istiqamah untuk menjadikannya realiti. InsyaAllah... Walaubagaimanapun,kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yg menentukan. Seperti ungkapan daripada Ust. Pahrol..Serasikan tadbir & takdir. Mudah2an Allah permudahkan segalanya. Ameen...



About this blog

Seringkali diri tewas dlm dakapan nafsu,mendidik diri menjadi insan yg x terdidik dek agama.Seringkali diri terpesona dgn dunia,melabuhkn pandangan palsu dek indahnya dunia.Begitu kerdilnya diri ini..acapkali tersungkur sepjg pengembaraan ini dek tandusnya iman di hati.Namun,ia tdk mematahkn semangatku utk bangkit..malah semua pahit manis yg diharungi adlh ats rahmat & kasih sygNYA dlm mentarbiyah diri ini untuk berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.

Calendar

Friends